FELDA Sokong Dasar Sekuriti Makanan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) proaktif dalam menyokong usaha-usaha Kerajaan termasuk dalam mengatasi isu sekuriti makanan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini FELDA berkata, ini bertepatan dengan lima langkah menjamin sekuriti makanan negara terutamanya langkah memperluas ekosistem agromakanan dengan rantaian bekalan diterajui GLC, GLIC dan agensi Kerajaan.

“Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh FELDA dengan yang terbaharu, inisiatif Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang diperkenalkan pada tahun 2019.

“PPP dilaksanakan sebagai satu instrumen bagi mempelbagaikan serta meningkatkan pendapatan peneroka melalui aktiviti bukan berteraskan komoditi sawit dan getah,” katanya.

Selain itu ia bertindak sebagai serampang dua mata bagi membantu menyokong Dasar Sekuriti Makanan negara dengan meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) sekali gus mengurangkan kebergantungan import makanan negara.

“Sehingga kini, sebanyak 8,543 projek PPP telah diluluskan untuk dijalankan secara individu dan juga melalui penglibatan koperasi serta badan peneroka. Projek-projek ini telah memberi manfaat kepada 56,959 orang peneroka dan generasi baharu FELDA.

“57% daripada projek PPP ini adalah melibatkan aktiviti penternakan ayam dan ruminan manakala 41% melibatkan aktiviti pertanian seperti tanaman cili dan timun secara fertigasi serta cendawan,” katanya.

FELDA dengan kelebihan tanah yang luas mempunyai potensi yang baik untuk menjadi hab lembu pedaging seperti dilaksanakan di FELDA Sahabat, Sabah.

Secara keseluruhan, ternakan lembu secara integrasi ini akan melibatkan penggunaan tanah seluas 32,000 hektar.

Bagi ternakan ruminan, FELDA dijangka dapat menyumbang sebanyak 2.5% daripada SSR nasional.

“Bagi membantu menyelesaikan isu kenaikan mendadak harga bekalan makanan untuk ternakan pula, FELDA dalam perancangan untuk melaksanakan projek tanaman jagung bijian di tanah seluas 3,700 hektar dengan kerjasama FGV Holdings Berhad.

“Projek ini dijangka dapat menyumbang sebanyak 5% daripada sasaran Kerajaan untuk mengurangkan import jagung bijian negara lantas dapat menstabilkan harga
FELDA juga akan merancakkan industri ternakan ayam melalui kerjasama ladang kontrak dengan Ayamas Food Corporation Sdn Bhd,” katanya.

Projek dengan pelaburan berjumlah RM23 juta ini mensasarkan penghasilan 640 ribu ekor ayam setiap pusingan di lapan unit reban dua tingkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat