Jenazah Tun Arshad Selamat Dikebumikan Di Makam Diraja Shah Alam

- Advertisement -

SHAH ALAM – Jenazah tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor.

Jenazah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) itu yang diiringi ahli keluarga selamat dikebumikan kira-kira 3 petang selepas disembahyangkan di Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun pada 2.06 pagi tadi akibat mengalami masalah kesihatan meninggalkan isteri, Toh Puan Zaleha Mohd Arshad, 82, serta tujuh orang anak.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah serta Alumni UiTM.

Anak keenam Allahyarham, Datin Sri Azlin Arshad berkata, antara pesanan Allahyarham yang sentiasa diingati ialah agar sentiasa membalas semula kebaikan individu yang telah menolong kita.

“Arwah pernah pesan di mana ayah berada sekarang, tidak mungkin dia boleh capai tanpa pertolongan orang lain dan sentiasa kenang budi orang selalu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menabur bakti di UiTM dan dilantik sebagai Pro-Canselor selain pernah dipinjamkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat