8 warga Filipina dakwa waris Sultan Sulu tuntut tebusan RM65.34 bilion kepada Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Lapan individu warganegara Filipina mendakwa waris Sultan Sulu, Jamalul Kiram II dikatakan cuba menyalahgunakan proses timbang tara dan undang-undang antarabangsa dengan mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan Malaysia, pada Februari 2022.

Mereka dikatakan cuba menuntut wang tebusan bernilai AS$14.9 bilion (RM65.34 bilion) atau lebih 16 peratus daripada belanjawan tahunan negara.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) menerusi laman sesawang https://www.malaysia-sulucase.gov.my/ menjelaskan Malaysia menolak tuntutan itu, selain tidak mengiktiraf keabsahannya dan melakukan litigasi di seluruh Eropah untuk membatalkannya.

BHEUU antara lain menyifatkannya sebagai penyalahgunaan proses timbang tara dan perundangan antarabangsa yang licik serta cubaan mendapatkan tebusan daripada negara berdaulat, selain tuntutan berterusan itu akan mencemarkan reputasi sistem timbang tara di peringkat global.

Ditanya siapakah lapan individu terbabit dan apakah status kes berkenaan?

Difahamkan, lapan penuntut itu adalah warga Filipina, mendakwa mereka waris Sultan Sulu, Jamalul Kiram II yang mangkat pada 1936. Maklumat identiti mereka sangat sedikit dan tidak dapat ditentukan sama ada waris yang sah.

“Mereka ialah Nurhima Kiram Fornan; Fuad A. Kiram; Sheramar T. Kiram; Permaisuli Kiram – Guerzon; Taj – Mahal Kiram – Tarsum Nuqui; Ahmad Nazard Kiram Sampang; Jenny K.A. Sampang dan Widz – Raunda Kiram Sampang.

“Mahkamah Eropah setakat ini belum mengenal pasti identiti dan keabhsahan penuntut sebagai waris Kesultanan Sulu. Ada beberapa pihak lain turut mendakwa mereka adalah daripada keturunan sama yang tidak terbabit dalam kes ini.

“Litigasi kes terbabit ketika ini sedang dibuat di Perancis, Sepanyol, Belanda dan Luxembourg. Keputusan rayuan bagi menentukan status Award Awal oleh Mahkamah Perancis pada Jun depan. Award Awal itu dikemukakan Dr Gonzalo Stampa di Sepanyol, pada 2020,” katanya.

Hujahan Malaysia mendapati status Award Permulaan tiada asas perundangan, berpandukan beberapa alasan, termasuk keputusan ‘Superior Court of Justice of Madrid’ membatalkan pelantikan Dr Stampa dan bidang kuasa penimbang tara yang salah. Malaysia juga berhujah, Perjanjian 1878 yang menjadi asas kes pihak menuntut, tidak mempunyai klausa timbang tara.

Jika Mahkamah Perancis mengekalkan rayuan Malaysia, bermakna keputusan memberikan Award Awal tiada asas dalam undang-undang negara itu. Tuntutan bagi Award Akhir masih menjadi subjek dalam kes terbabit yg akan didengar di Mahkamah Perancis bagi mengetepikan award timbang tara bernilai AS$14.9 bilion, akhir tahun ini, lapor BH pada Jumaat.

S: Bagaimana ia bermula?

J: Asia Tenggara pada abad ke-19 tertakluk kepada kuasa kolonial yang bersaing untuk menguasai wilayah di seluruh rantau dengan perjanjian memberi dan menyerahkan tanah dan wilayah di Bornoe Utara ditandatangani Jamalul Kiram II serta dua saudagar, Baron de Overbeck, dan Alfred Dent, pada 1878.

Baginda kemudian mengesahkan penyerahan kepada Syarikat Borneo Utara British dan bayaran penyerahan wilayah tahunan meningkat kepada 5,300 dolar tempatan (kita-kira AS$1,200 atau RM5,266.20 ketika ini) selepas Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas wilayah itu, pada 1903.

Namun, pembayaran dihentikan selepas waris sah Jamalul Kiram II tidak dapat ditentukan. Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara, Macaskie menerusi ‘Penghakiman Macaskie 1939’ mendapati waris Sultan Sulu berhak menerima bayaran menerusi Perjanjian 1878.

Rakyat Sabah pada 1962, menyertai Persekutuan Malaysia yang ditubuhkan setahun kemudian. Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kesahihan Kesultanan Sulu, namun mewarisi Perjanjian kolonial 1878.

Malaysia membuat pembayaran kepada waris sepatutnya yang ditentukan Penghakiman Macaskie selama beberapa tahun, namun ia ditamatkan pada 2013 susulan pencerobohan bersenjata ke atas Sabah, mengorbankan 73 mangsa, dilancarkan kumpulan yang mengaku Sultan Jamalul Kiram III, dari Kepulauan Sulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat