Pengampunan Diraja Najib Belum Dibincang Jemaah Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengampunan Diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setakat ini masih belum dibincangkan oleh Kabinet

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut berkenaan tarikh persidangan Lembaga Pengampunan.

“Saya juga tidak menerima apa-apa maklumat bila tarikh Lembaga Pengampunan akan bersidang.

“Selagi tidak ada maklumat berhubung perkara itu, saya tidak boleh ulas. Perkara yang dibincangkan ataupun tidak dibincangkan dalam Kabinet juga berstatus rahsia.

“Jadi saya tak boleh komen ataupun nafikan. Setakat ini belum dimaklumkan apa-apa mengenai tarikh itu,”katanya pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, mengulas penahanan seorang pegawai kanan pejabat Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan pengambilan pekerja asing, Fahmi berkata, kerajaan komited untuk membersihkan jenayah rasuah.

“Ini adalah komitmen kerajaan yang jelas. Tidak kira sesiapa saja yang terbabit, jika SPRM menjumpai kes salah laku, mereka akan dibawa ke muka pengadilan.

“Malah jika ada menteri ataupun kakitangan yang ditahan SPRM, mereka tidak akan dilindungi. Ini adalah bukti komitmen kita, biarkan SPRM jalankan tugas.

“Sekiranya ada kes dibawa ke makkamah, kita perlu ikut proses itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh berprasangka kerana kita tidak ada maklumat penuh. Biarkan proses siasatan dilakukan,” katanya lapor BH.

Media sebelum ini melaporkan Sivakumar dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan seorang pegawai di pejabat menteri itu yang terbabit dalam isu membawa masuk pekerja asing.

Sivakumar dalam kenyataan berkata, beliau maklum mengenai penahanan pegawai terbabit tetapi enggan mengulas pada masa ini kerana kes masih dalam siasatan.

SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai kanan pejabat Sivakumar berhubung urusan pengambilan pekerja asing.

Seorang lagi suspek yang dipercayai ejen pengambilan pekerja asing turut ditahan SPRM untuk membantu siasatan.

SPRM juga dikatakan sudah menyerbu pejabat kementerian terbabit yang didakwa mengadakan proses pengambilan pekerja asing dikaitkan dengan KSM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat