Satu daripada empat Bugatti Veyron dirampas di Jerman milik Jho Low guna dana 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati salah satu daripada empat kereta model Bugatti Veyron yang dirampas di Munich, Jerman disyaki dibeli oleh Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan dana daripada 1MDB.

Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata baki kenderaan mewah edisi khas itu turut dipercayai milik bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny, bekas CEO Aabar Investments PJS (Aabar PJS) yang didakwa menerima sogokan daripada Jho Low.

“Sememangnya nama tiga individu ini sudah berada dalam radar siasatan SPRM,” kata sumber itu pada Selasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata siasatan berkaitan isu itu dilakukan bermula pada 2020.

Katanya, permohonan bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Switzerland untuk mendapat maklumat tentang aset beku berkaitan kes 1MDB telah dilaksanakan pada bulan November tahun yang sama.

Ia diikuti dengan mesyuarat dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terbabit dalam siasatan 1MDB pada tahun 2021.

Azam berkata, SPRM telah meminta maklumat daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1MDB yang digunakan untuk membeli kereta mewah di Jerman pada 26 Oktober 2022.

Dalam perkembangan terbaru ini, SPRM telah menghantar permohonan untuk maklumat terkini daripada pihak Jerman.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilapor berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ada memaklumkan mengenai siasatan dilakukan mereka, jadi kita serah kepada agensi itu untuk ambil tindakan.

“Untuk apa kita perlu ambil tindakan sama dua kali. Bagi pihak PDRM, apa juga bantuan dikehendaki SPRM, kami (polis) akan sedia membantu,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat