Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara

Ahli Parlimen Jelebu Sambut Baik Pakej Bantuan Permai

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Haji Jalaludin Alias dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih atas pengumuman pakej bantuan Permai oleh Perdana Menteri, Tan Sri...

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

COVID-19: Pengedaran Vaksin Tidak Saksama Ancaman Buat Negara Miskin – WHO

GENEVA: Tidak adil bagi populasi muda dan berkemampuan di negara kaya mendapat vaksin berbanding warga emas di negara miskin. Tegas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan...

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan untuk pengisytiharan darurat berkenaan dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam, terkesan ataupun terancam.

Menurutnya, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19.

“Pengisytiharan darurat ini juga akan memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan lebih baik, tanpa sebarang gangguan dan tindakan politik tidak bertanggungjawab daripada mana-mana pihak, yang sama sekali menjejaskan usaha untuk mengurangkan ancaman COVID-19 dan memperkukuhkan kestabilan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal, jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Sementara itu, Kamarudin berkata pengisytiharan darurat itu juga bukanlah satu indikasi bahawa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Mengambil iktibar atas apa yang terjadi pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, Perdana Menteri tidak mahu lagi mengambil keputusan politik, yang akan memberi lebih banyak mudarat berbanding manfaat kepada rakyat, selaras dengan prinsip hifz al-nafs dalam Maqasid Syariah.

“Malahan, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan, bahawa PRU akan diadakan sejurus keadaan wabak pandemik di negara ini mulai reda dan pulih sepenuhnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sehubungan itu katanya, amat penting bagi semua pihak tanpa mengira prinsip dan ideologi politik, mengetepikan seketika tindakan politik dan bersama kerajaan berganding bahu, memutuskan rantaian wabak pandemik itu dengan kadar segera.

Sebaliknya beliau berkata, bersama-samalah memainkan peranan selaku wakil yang dipilih, untuk membantu memudahkan urusan rakyat dan mengurangkan bebanan rakyat, serta bekerjasama dengan kerajaan dalam melawan COVID-19.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Ahli Parlimen Jelebu Sambut Baik Pakej Bantuan Permai

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Haji Jalaludin Alias dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih atas pengumuman pakej bantuan Permai oleh Perdana Menteri, Tan Sri...

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...