SME Bank lanjutkan bantuan moratorium kepada PKS terjejas banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: SME Bank Malaysia menawarkan kemudahan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang melanda negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata moratorium itu akan membolehkan usahawan untuk mengatur semula aliran tunai mereka.

“Ia turut memberi ruang kepada mereka memberi fokus untuk membaik pulih kawasan pejabat, kilang dan premis agar dapat kembali beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata SME Bank telah melaksanakan pelbagai program bantuan usahawan dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik itu serta bencana alam.

Sementara itu, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail berkata bank itu juga bersedia menyalurkan khidmat nasihat mengenai penstrukturan semula rancangan perniagaan serta program latihan pembangunan usahawan lain yang bersesuaian bagi membolehkan usahawan untuk kembali meneruskan operasi.

Perkhidmatan itu disediakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) yang menawarkan program pembangunan dan latihan usahawan yang unik dan efektif.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan moratorium, beliau berkata usahawan yang terjejas dengan banjir diminta menghubungi pengurus perhubungan masing-masing secepat mungkin.

Katanya, bantuan moratorium itu adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat