Polis Tahan Peniaga Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’, Rampas 126.85kg Dadah

- Advertisement -

SHAH ALAM – Taktik dua individu warga tempatan menyembunyikan syabu di dalam 120 bungkusan teh Cina tidak menjadi apabila mereka ditahan dalam satu serbuan di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan dekat sini pada 10 November lalu.

Serbuan jam 4.30 petang, Selasa lalu dijalankan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia 25 tahun dan 31 tahun itu dicekup ketika menaiki sebuah kereta Ford Mustang.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta mewah itu, pihak polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.85 kilogram yang dianggarkan bernilai RM4.8 juta.

“Suspek pertama bekerja sebagai peniaga barangan kosmetik di Kelantan dan bergelar Datuk Seri manakala suspek kedua pula adalah adik kepada suspek pertama dan merupakan penjawat awam di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di IPK Selangor hari ini.

Menurut Arjunaidi, kedua-dua suspek yang ditahan itu adalah warganegara tempatan dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek adalah negatif,” katanya.

Hasil susulan tangkapan pertama membawa kepada tangkapan kedua melibatkan seorang warganegara Indonesia dan dua warga tempatan berusia antara 32 hingga 43 tahun.

“Ketiga-tiga suspek ini tidak bekerja dan merupakan orang tengah bagi urusan jual beli dadah ini. Hasil ujian saringan awal polis terhadap ketiga-tiga suspek didapati positif jenis methamphetamine.

“Dua daripada suspek ini mempunyai rekod jenayah lampau salah seorang mempunyai 19 kes dadah dan jenayah,” jelasnya.

Dalam serbuan kedua itu, pihak polis turut menyita sebuah kereta jenis Nissan Almera, Toyota Innova, Honda HRV dan wang tunai dengan jumlah nilai sitaan RM158,000.

Kesemua suspek telah ditahan reman semalam tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November 2020 di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Sekysen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat