Rombak Kabinet, jemput PAS masuk kerajaan itu hak PM – Wee Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk menjemput mana-mana parti politik untuk menyertai kerajaan dan juga berhak membentuk Kabinet termasuk menukae mana-mana Menteri Kabinet.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, dalam politik tidak ada musuh yang kekal.

“Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk menjemput mana-mana parti politik untuk menyertai Kerajaan, dan beliau mempunyai hak untuk membentuk Kabinet serta menukar mana-mana Menteri Kabinet.

“Tidak ada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusannya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Bahkan kata Ka Siong, jemputan Perdana Menteri kepada PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan hanya membuktikan satu perkara, iaitu “dalam politik, tidak ada musuh yang kekal” dan politik adalah seni menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin.

Jelas beliau lagi, PKR dan DAP telah bekerjasama dengan PAS pada tahun 2008 dan 2013 dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebagai parti pembangkang menentang BN.

“Selain itu, PKR, DAP, dan PAS pernah bersama-sama menjadi kerajaan negeri Selangor. Saya tidak terkejut jika tiga parti ini akan membentuk pakatan lagi di masa depan.

“Cadangan saya adalah untuk media mengarahkan pertanyaan mereka kepada Perdana Menteri, PAS, dan DAP. Mereka akan memberikan jawapan yang lebih memuaskan sebagai pihak yang terlibat,”ujarnya.

Terdahulu, Anwar berkata, pintu untuk PAS keluar daripada blok pembangkang dan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan masih terbuka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan PAS.

Beliau terbuka untuk bekerjasama dengan PAS sejak pembentukan awal kerajaan dan jemputan juga sudah diberikan kepada parti tersebut.

“Mengenai sama ada kami bersedia untuk melibatkan diri kami dengan mereka, sudah pasti kami bersedia, kita mesti dan saya sudah hantar jemputan kepada mereka… ye, saya terbuka untuk idea itu sejak dari awal lagi.

“Lagipun, ini adalah Kerajaan Perpaduan, kami buat apa yang terbaik untuk negara tetapi sudah pasti perlu ada satu garis. Islam adalah agama Persekutuan, tetapi ini adalah negara berbilang agama dan saya mahu setiap rakyat dalam negara daripada semua fahaman untuk tahu mereka ada tempat dalam negara ini,” katanya menerusi temubual bersama Time Magazine.

Kerajaan Perpaduan terdiri selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti yang berjaya mendapat jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat