Simposium, platform kukuhkan dan jamin pemasaran ikan PN – LKIM

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumpulkan 40 peserta termasuk Sabah dan Sarawak dari Projek Pemasaran Ikan dan Usahawan Pasar Nelayan dalam Simposium Melestarikan Projek Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan (PN) dan Usahawan Pasar Nelayan LKIM di Park Avenue Hotel pada Selasa.

Menurut kenyataan LKIM, simposium ini merupakan platform untuk mengukuhkan dan menjamin pemasaran ikan dan akuakultur PN dengan mengenalpasti dan memperbaiki pelaksanaan program pemasaran ikan PN.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil dalam ucapannya berkata, simposium ini dapat mengenalpasti pemain-pemain utama dalam projek pemasaran, meningkatkan imej dan pendapatan PN dan seterusnya menjamin bekalan makanan negara.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pelesenan LKIM, Dr. Hj. Abdul Salim Tajudin berkata, jumlah PN di Malaysia meliputi 102 termasuk 1 Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), 89 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan 13 Persatuan Nelayan Negeri (PNN)

Beliau berkata, hasil (outcome) ialah mengenalpasti 10 PN yang menjalankan projek pemasaran ikan serta meningkatkan imej PN sebagai pemain industri dalam sektor perikanan.

“Selain itu, meningkatkan pendapatan PN sekurang-kurangnya 10% hingga 20% dalam setahun serta menjamin bekalan ikan sentiasa ada sepanjang masa,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Pengarah LKIM Kedah, Mohd Fauzi Ghazali. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat