Kerajaan pertimbang buka semula zon aliran bebas Malaysia-Thailand di Wang Kelian – KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited ke arah pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian dan projek menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah disembah maklum ketika beliau mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ketika lawatan kerja ke negeri ini.

“Saya menyembah maklum kepada Raja Perlis mengenai perkembangan terkini projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar baharu bernilai RM200 juta.

“Kita turut berbincang cadangan pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian dan Tuanku Syed Sirajuddin turut menitahkan KDN serta kerajaan negeri duduk bersama menyelaraskan perkara berbangkit seperti kelulusan pihak berkuasa tempatan, isu tanah dan lain-lain. Baginda turut menitahkan agar usaha itu dipermudah serta dipercepatkan,” katanya pada sidang akhbar di Pos Imigresen Wang Kelian, pada Selasa lapor Kosmo! Perlis.

Menurut Saifuddin Nasution, beliau melihat sendiri keadaan di Wang Kelian yang mana usaha merealisasikan hasrat itu memerlukan beberapa perkara seperti kelulusan bajet untuk pembangunan semula.

“Ia disambut dengan komitmen kewangan yang menjadikan pembangunan naik taraf ICQS Wang Kelian bernilai RM30 juta,” ujarnya

Zon Aliran Bebas di Wang Kelian ditutup pada 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk serta menyekat ancaman dan penyeludupan barangan terlarang. Ia susulan penemuan penempatan sementara dan kubur besar yang menempatkan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat