Mohamad Sabu wakili Malaysia hadiri pengebumian Presiden Iran – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia bagi menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan di laman X berkata, beliau telah menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran Mohammad Mokhber merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhum Presiden Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian yang maut dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu.

“Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang Menteri kanan (Mohamad Sabu) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian almarhum Presiden Raisi.

“Saya juga sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian pada tahun lepas di New York dan Riyadh, dan saya telah memberi jaminan kepada Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepemimpinan almarhum Presiden sebelum ini.

“Mokhber merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah sementalahan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.

“Beliau turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran.

“Di akhir perbualan, beliau memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia akan tetap dipelihara lantas diperkukuh,” katanya.

Terdahulu semalam, Presiden Raisi dan Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaikinya terhempas di kawasan pergunungan di barat laut negara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat