Kerajaan akan ambil tindakan keras terhadap pelaku serangan & pelampau keganasan – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan memberi jaminan akan mengambil tindakan keras terhadap pelaku insiden serangan, pelampau dan keganasan bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan beberapa insiden keganasan yang berlaku beberapa minggu kebelakangan ini termasuk yang terbaharu meragut nyawa dua anggota pasukan keselamatan.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kita sudah mengadakan pertemuan dengan pasukan keselamatan dan akan bertindak keras terhadap gerombolan itu.

“Insya-Allah keadaan akan bertambah tenang dan terkawal.

“Nampaknya ada usaha untuk mengeruhkan suasana dalam keadaan negara aman dan ekonomi mula mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan,” katanya, menerusi Perutusan Negara Oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Mengulas mengenai ekonomi, beliau berkata Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi di luar jangkaan sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Beliau berkata, ia melebihi anggaran kebanyakan pihak yang sebelumnya mengunjurkan maksimum pertumbuhan 3.9 peratus sahaja.

“Maka dalam suasana ekonomi dunia yang belum menentu hampir kesemua sektor telah melonjak dan memangkin pertumbuhan suku pertama 2024.

“Umpamanya, pasaran buruh berkembang 2.1 peratus menjadikan jumlah tenaga kerja meningkat kepada 16.4 juta.

“Kadar inflasi yang membimbangkan dan ini bermakna kos barangan meningkat tetapi kadar inflasi ini masih kekal rendah pada 1.7 peratus ketimbang 1.6 peratus pada suku keempat 2023.

“Empat bulan pertama 2024 kita catat jumlah dagangan Malaysia berkembang 8.3 peratus kepada RM912.27 bilion,” katanya.

Tambah beliau lagi, Malaysia  terus mencatat lebihan dagangan berjumlah RM41.83 bilion dan turut mencapai paras FBM KLCI pasaran saham melepasi 1,600 mata serta nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2 trilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat