Saudi memasuki Era Baharu Melalui Strategi Utama Dalam Penjenamaan Semula

- Advertisement -

Saudia, syarikat penerbangan kebangsaan bagi Kerajaan Arab Saudi, mendedahkan identiti dan corak jenama baharunya semasa acara penting di Jeddah, di hadapan Duli Yang Teramat Mulia, Tuan Yang Terutama dan pemimpin dari kedua-dua sektor awam dan swasta serta wartawan media terkemuka dan pakar penerbangan.

Identiti baharu ini adalah sejajar dengan pelan transformasi digital strategik yang lebih luas bertujuan untuk  mengukuhkan sokongan syarikat penerbangan itu terhadap Wawasan Kerajaan 2030 untuk membawa dunia ke Arab Saudi.

Penjenamaan semula ini menandakan permulaan era baharu untuk Saudia, memperkenalkan konsep inovatif dari segi perkhidmatan pelanggan dengan fokus utama pada aspek digital dan meningkatkan pengalaman tetamu dengan meraikan budaya Saudi.

Transformasi ini memperkukuh identiti kebangsaan Saudia kerana ia membayangkan semula semua produk dan perkhidmatan yang melibatkan kelima-lima deria. Para tetamu boleh menjangkakan pengalaman keaslian Saudi sepanjang perjalanan mereka, mempamerkan perkara terbaik dari Arab Saudi dan budayanya yang kaya. Ini termasuk wangian yang tersendiri dan identiti sonik, masakan berinspirasikan tempatan, hasil seni oleh tukang mahir Saudi.

Identiti baharu ini mencerminkan semangat mengalu-alukan kedatangan ke Arab Saudi, meninggalkan para tetamu dengan rasa yang mendalam tentang kemesraan dan keramahan negara itu sambil mempromosikan penghayatan budaya Saudi yang lebih mendalam untuk warga negara dan pelawat.

Penjenamaan semula itu juga merangkumi pakaian seragam baharu untuk kru kabin dan kakitangan di lapangan.

Identiti warna bagi jenama baharu iaitu terdiri daripada hijau, biru dan warna pasir yang mewakili matlamat Saudia untuk mengembangkan armada dan l destinasinya,menghubungkan dunia ke Arab Saudi, menekankan keaslian Kerajaan dan nilai yang berakar umbi.

Selari dengan penjenamaan semula, Saudia juga telah melakukan transformasi digital yang amat besar, meningkatkan sepenuhnya pengalaman digital pelanggan.

Dalam kalangan syarikat penerbangan antarabangsa, Saudia mendahului dalam mengendalikan Kecerdasan Buatan (AI) generatif sebagai pembantu maya, bernama “SAUDIA”, sebagai salah satu yang pertama seumpamanya di rantau ini.

Saudia akan membenarkan para tetamu menyelesaikan keseluruhan transaksi melalui proses yang cekap ini menjelang akhir tahun ini.

Transformasi digital yang bercita-cita tinggi, dirancang lama, meningkatkan sepenuhnya pengalaman pelanggan, tetapi juga membolehkan operasi dan proses yang lebih diperkemas sambil memastikan tahap perlindungan tertinggi bagi data peribadi tetamu, melalui perkongsian kukuh dengan syarikat terkemuka global.

Tuan Yang Terutama Engr. Ibrahim Al-Omar, Ketua Pengarah Kumpulan Saudia, berkata: “Kami sedang mengalami era baharu dan masa yang sangat mengujakan untuk Saudia.

Syarikat penerbangan kami telah berkembang daripada pesawat Douglas DC-3 pada tahun 1945, kepada armada moden 140 pesawat yang melayani lebih 100 destinasi dengan menjadi salah satu syarikat penerbangan terbesar di rantau ini.

Nama dan logo Saudia adalah bahagian penting dalam sejarah dan pembangunan penerbangan Kerajaan dan warga kami berkongsi hubungan emosi yang istimewa dengan jenama tersebut.

Kami telah memasukkan warisan kaya ini ke dalam identiti baharu kami, menambah elemen yang mencerminkan pendekatan berwawasan kami, bersedia untuk menawan dunia.”

Saudia bukan sahaja melancarkan program digital bersepadu sepenuhnya dan merombak penampilannya, ia juga secarberkesan dan pantas membantu memajukan Wawasan 2030 Arab Saudi, bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan industri untuk mencapai sasaran Strategi Penerbangan Nasional.

Strategi ini bertujuan untuk menjadikan Arab Saudi sebagai peneraju dalam industri global, dengan meningkatkan pengalaman pelanggan, meningkatkan keselamatan dan berusaha ke arah masa depan yang lebih mampan, sejajar dengan matlamat pengembangan Saudia untuk membawa kira-kira 330 juta pelawat ke Kerajaan itu menjelang 2030.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat