Teresa jangan sesuka hati sebut nama saya – Wee Ka Siong

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini mengingatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok supaya tidak sesuka hati menyebut namanya dalam isu ugutan yang diterima pemimpin DAP itu.

“Teresa, jangan sebut nama saya sesuka hati, sebab saya memang tak suka. Lebih-lebih lagi berkaitan kes serius ini.

“Mesej ugutan beserta dengan peluru yang dihantar kepada kamu sangat teruk penggunaan Bahasa Melayunya. Mana mungkin Bahasa Melayu saya seteruk itu,” kata Dr Wee Ka Siong.

Tambah Dr Wee Ka Siong, jika beliau benar-benar marah kepada Teresa adalah lebih baik dihantar minyak sawit untuk mencerdikkan ahli parlimen DAP itu.

“Kalau saya marah dengan kamu dan terpaksa menghantar sesuatu kepada kamu, maka saya pasti akan menghantar dua botol minyak sawit buatan Malaysia untuk “mencerdikkan” kamu, Teresa!

“Faham ke tidak? Apa pun kamu dah buat laporan polis, biar polis siasat dan ambil tindakan. Kenapa nak sebut nama saya lagi,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat