PM tak salahkan 12 Menteri PN, faham mereka cuma ikut arahan parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, beliau tidak menyalahkan 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) yang mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun perbuatan itu disifatkan sebagai tidak wajar, menteri terbabit hanya mengikut arahan parti masing-masing.

“Seperti yang dikatakan (Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam, ia juga adalah hasil keputusan parti.

“Ini bermakna, dia bergantung pada keputusan parti, ada pengaruh daripada Presiden parti, dan menteri Kabinet daripada Bersatu tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh terbabit.

“Maknanya, dia menerima arahan daripada Presiden parti. Parti arahkan tulis surat. Walaupun tidak wajar, mereka tulis surat kerana arahan daripada parti. Ini diakui oleh Hamzah, dan tidak salahkan mereka mengikut arahan parti, sebab itu adalah arahan parti,” katanya lapor BH pada Khamis.

Semalam Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata tindakan mereka menghantar surat itu dibuat selepas mendapat arahan parti yang memutuskan tidak mahu PRU15 diadakan.

Katanya, keadaan sama juga dihadapi Perdana Menteri apabila bertindak membubarkan Parlimen kerana mendapat arahan daripada pucuk pimpinan Umno bukan disebabkan pihak lain.

“Perdana Menteei sendiri selalu kata beliau ‘party man’ (taat pada parti), jadi saya menghormati cara beliau jawab, sebagai orang parti beliau perlu dengar arahan parti.

“Saya pun ‘party man’ kena dengar kehendak parti. Jika parti kata tak sesuai sekarang pilihan raya, saya ikut sama kata tak sesuai. Sama juga beliau (Ismail), kalau presiden Umno kata nak PRU sekarang beliau perlu akur,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat