PRK Slim: SAUDARA ZAIDI SEBAGAI SEORANG HUMBLE LEADER.

- Advertisement -

Oleh: Yusni Yussof

Saya , sebagaimana ramai yang lain amat gembira dengan pencalonan saudara Zaidi sebagai calon untuk PRK Slim, Perak. Secara peribadi, saudara Zaidi saya anggap sebagap seorang humble leader iaitu seorang pemimpin yang merendah diri dan mengakar kepada masyarakat. Selain itu, humble leader yang saya maksudkan juga adalah seorang pemimpin yang memimpin berdasarkan keterbukaan, rasa percaya, mengutamakan teamwork dan memberikan khidmat kepada orang lain.

Saya bukan pengundi di DUN Slim. Saya tinggal di Selangor. Saya juga sudah lama tidak bertemu dengan Saudara Zaidi secara in person, apatah lagi berkomunikasi dengan telefon atau menghantar pesanan Whatsapp. Tiada sesiapa pun yang meminta saya membuat catatan ini. Saya secara sukarela dan suci hati memilih untuk berkongsi sedikit pengalaman saya dengan Saudara Zaidi.

Ada beberapa kisah antara saya dengan beliau yang menyerlahkan betapa beliau seorang pemimpin yang merendah diri.

1. Kira-kira 20 tahun dahulu ketika kami masih sama-sama di kampus UIA, saya pernah diminta mencari beliau di mahallah (asrama) untuk urusan kerja persatuan. Saya ke asrama beliau walaupun waktu telah lewat malam untuk mendapatkan beliau bagi menyampaikan maklumat dan mendapatkan pandangan beliau. Setibanya saya di bilik beliau, saya dapati beliau tidak ada di bilik dan rakan sebilik beliau meminta saya untuk mencari di bilik mandi – beliau mungkin sedang membasuh baju pada ketika itu. Lantas, saya kemudian ke bilik mandi. Apabila saya sampai, saya dapati beliau memang sedang membasuh baju. Apabila dia melihat kehadiran saya, beliau terus berhenti membasuh baju dan mengajak saya ke bilik bagi membantu saya menyelesaikan urusan kerja persatuan. Walaupun hari sudah lewat malam, beliau sebagai salah seorang pemimpin persatuan dan senior, tidak merungut apatah lagi menolak kehadiran saya malah melayan saya dengan baik. Saya dibantu untuk menyelesaikan tugas yang diamanahkan oleh persatuan sehingga siap.

2. Ketika saya baru menamatkan pelajaran di UIAM dan masih terumbang-ambing mencari pekerjaan, beliau turut berkongsi maklumat kekosongan jawatan di sebuah organisasi di mana beliau pernah bertugas. Saya segera memohon dan dipanggil untuk temuduga. Walaupun akhirnya saya tidak diterima untuk bekerja di organisasi tersebut, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana sanggup membantu rakan-rakan yang ingin mendapatkan pekerjaan. Jasa yang baik akan sentiasa dikenang.

3. Selepas saya tamat belajar dan tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam persatuan pelajar, saya pernah menghadiri satu program seminar yang diadakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, atau lebih dikenali sebagai PKPIM. Pada ketika itu beliau adalah presiden bagi PKPIM. Sebenarnya saya tidak dijemput pun, dan saya pergi sekadar untuk melihat-lihat tentang perjalanan program. Di sana, saya sempat bertemu beliau, dan beliau masih sudi melapangkan masa untuk bersembang-sembang dengan saya hampir 30 minit walaupun pada ketika itu beliau pasti sibuk dan perlu bertemu dengan ramai lagi individu penting. Walaupun saya sudah tidak berjawatan dan tidak lagi menyumbang secara efektif dalam persatuan, beliau masih sudi melayan saya.

4. Pada ketika yang lain iaitu ketika beliau menjawat jawatan selaku Timbalan PResiden MBM, beliau pernah meminta saya menyumbang penulisan untuk sebuah buku . Saya bersetuju pada mulanya. Namun, entah mengapa selepas itu saya mengalami writer’s block dan kesibukan dengan tugas di tempat kerja sehingga tak mampu nak menulis apa- pun buat beberapa ketika. Beliau kemudiannya banyak kali cuba menghubungi saya untuk membuat follow up, namun saya mengelak untuk menjawab telefon kerana tak siap menulis apa-apa pun. Saya juga tanpa rasa bersalah memaklumkan kepada beliau melalui SMS yang saya sedang menulis sesuatu untuk diserahkan, walaupun hakikatnya tidak. Akhirnya, setelah beberapa kali mengelak dan menangguh, saya terpaksa menghantar SMS kepada beliau mengatakan yang saya tidak menulis suatu apa pun. Malu jugak rasanya. Saudara Zaidi membalas sms saya dengan pesanan, ‘OK, thank you.’

Takdelah saya kena marah atau kena ‘sekolah’ kerana memberikan janji-janji yang tidak ditunaikan dan membuang masa beliau sehingga mungkin menggangu perancangan tugas beliau. Malah pada tahun-tahun berikutnya apabila saya bertemu beliau di MBM, beliau melayan saya dengan ramah dan mesra, seolah-olah tak ingat langsung insiden tu. Terima kasih kepada beliau kerana tidak menghukum saya atas perangai buruk saya ini.

5. Saya juga mengenali isteri beliau, Puan Juliana Sarip, yang kami panggil sebagai Kak Julie sejak di kampus. Orangnya mudah mesra, friendly dan sangat bersifat ke’ibuan’ dan pandai mengambil hati adik-adik junior. Semasa kami di kampus, kami selesa mendekati Kak Julie untuk bersembang, berkongsi masalah dan meminta pandangan .

6. Daya kepimpinan Saudara Zaidi jelas terbukti dan diperakui apabila beliau pernah dilantik sebagai Presiden PKPIM, sebuah gerakan mahasiswa yang banyak menabur bakti memperkasa generasi pelajar Islam di negara ini. Selain itu, hakikat bahawa beliau juga yang pernah berkhidmat lama di dalam Majlis Belia Malaysia sebagai Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden juga membuktikan beliau diterima oleh ramai sebagai pemimpin. Lebih penting, beliau juga pernah berkhidmat dengan Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN, membolehkan beliau mendapat pendedahan kepimpinan di peringkat antarabangsa.

7. Saudara Zaidi adalah seorang pemimpin yang naik dari akar umbi. Beliau merasakan kepayahan dan denyut nadi umat di peringkat bawah dan diamanahkan sebagai pemimpin setahap demi setahap atas daya kepimpinannya. Pengundi-pengundi DUN Slim beruntung kerana boleh mendapat seorang anak tempatan yang telah ‘terbang tinggi dan jauh’ di peringkat nasional dan antarabangsa. Laksana sirih pulang ke gagang.

8. Anak-anak muda akan boleh bekerja dengan beliau kerana sebahagian besar kehidupan beliau sudah dihabiskan di dalam gerakan pelajar dan belia. Beliau boleh mendengar dan faham masalah anda dan boleh bekerja bersama anda untuk kepentingan semua.

9. Untuk golongan dewasa dan warga emas, kematangan dan usia beliau yang kini sangat sesuai diangkat sebagai pemimpin juga akan membolehkan beliau menumpahkan bakti kepada anda. Pemimpin-pemimpin yang berusia 40-an adalah pemimpin yang telah matang dan faham selok-belok perjalanan dunia dan masih kuat dan bertenaga untuk memberi khidmat kepada anda.

10. Berdasarkan kisah-kisah peribadi yang saya alami bersama saudara Zaidi, saya sifatkan saudara Zaidi adalah seorang humble leader dengan pengalaman memimpin yang luas sama ada di peringkat negara dan medan antarabangsa. Sifat rendah diri dan mengakar kepada masyarakat ini tidak boleh dibuat-buat, dan itulah sifat sebenar saudara Zaidi. Track record kepimpinan beliau membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang mampu memimpin across the factions kerana disenangi dan diterima oleh semua orang.

11. Pengundi-pengundi DUN Slim, saudara Zaidi lahir di tempat anda dan telah merantau jauh memimpin organisasi tempatan, nasional dan antarabangsa. Kini anda berpeluang memilih beliau agar segala pengalaman, idea-idea bernas dan daya kepimpinannya dapat dicurahkan untuk kebaikan pengundi-pengundi DUN Slim.

12. Undilah beliau!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat