Jangan Sensitif Sangat, Kalau Nak Putih Saya Pakai Bedak – Azeez Rahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan pihaknya mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan).

Abdul Azeez melalui satu kenyataan kepada SuaraTV berkata, beliau maksudkan tempat duduk ahli parlimen tersebut gelap dan bukan kulitnya.

“Sudah-sudahlah tu. Bila saya kata gelap, bukan (maksudkan) kulit yang gelap tapi tempat depa (mereka) duduk itu gelap, (menyebabkan) Speaker Dewan Rakyat tak nampak (kerana) itu memang tempat saya duduk dulu (jadi) saya tau laa.

“Depa kecoh- kecoh pasal kulit gelap pulak dahhh. Saya pun (ada) sebut ‘kalau saya nak putih saya (boleh) pakai bedak bukan saya suruh dia pakai bedak.

“Lain kali jangan sibuk menjerit terpekik telolong, (ketika perbahasan) kan dah tak dengar apa yang orang cakap.

“Janganlah sensitif sangat, saya pun (sering) orang panggil toyu (kicap hitam) panggil macam-macan lagi (tapi) saya tak marah pun,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu Kasthuriraani memuatnaik ciapan di laman Twitter bagi mengecam kenyataan Azeez itu

“Tuan PM @MuhyiddinYassin hari ini ahli parlimen anda dari Baling mengeluarkan kenyataan berbaur seksis dan rasis mengenai kulit saya. Beliau berulang kali menghina saya dan semua wanita berkulit gelap dengan komen yang menjijikkan itu.

“Katanya ‘Gelap, tak nampak, Pakailah bedak’ Apa pendirian anda dalam isu ini?,” soalnya

Persidangan sesi petang yang bermula 2.30 petang tadi panas dengan bantahan Ahli Parlimen pembangkang berhubung pemilihan Azhar sebagai Yang Dipertua dewan.

Tindakan pertama Azhar yang mengarahkan Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) keluar dewan setelah membuat gangguan ketika beliau berucap buat kali pertama selepas dilantik, sekali gus memperlihatkan ketegasan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu.

Keadaan hanya tenang seketika semasa Azhar berucap diikuti usul pelantikan Jawatankuasa Pemilih.

Ia kembali ‘panas’ gara-gara tindakan Azeez mengungkapkan ayat “gelap tak nampak” ketika Kasthuriraani bangun mencelah mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita dalam jawatankuasa itu.

Keadaan itu menyebabkan Kasthuriraani dan R S N Rayer (PH-Jelutong) bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat serta meminta Azhar mengarahkan Abdul Azeez menarik balik perkataan ‘gelap tak nampak’ kerana disifatkan berbaur perkauman.

Azhar berkata, perkara yang dibangkitkan Kasthuriraani boleh dibawa semasa perbahasan usul itu dan meminta meneruskan perbahasan tanpa membuat keputusan mengenai perkataan yang diungkapkan Abdul Azeez.

Beberapa ahli blok pembangkang, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa); Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) dan P Prabakaran (PH-Batu) mendesak Azhar menetapkan peraturan sebelum meneruskan perbahasan.

Azeez kemudiannya mempertahankan perkataan yang digunakan itu atas alasan beliau juga berkulit gelap dan berkata: “Pakailah bedak selesai masalah”.

Beliau bagaimanapun menarik balik perkataan bagi membolehkan sesi perbahasan diteruskan.

Usul pelantikan Jawatankuasa Pemilih yang berada pada perkara keenam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, yang sepatutnya dibahaskan, telah dilulus dengan suara majoriti tanpa dibahas disebabkan kekecohan itu.

Suasana ‘panas’ itu turut menyebabkan persidangan yang dijadual berakhir pada 5.30 petang, ditamatkan lebih awal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan membuat usul menangguhkan sidang Dewan Rakyat lebih awal.

Usul penangguhan itu disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan pada jam 3.32 petang dan akan bersambung esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat