Perlumbaan Di Litar Jerez Bakal Disambung, Semua Pasukan MotoGP Perlu Patuh SOP

Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura,...

WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik,...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

Bubar DUN Sabah: Ketua Menteri, 32 Individu Fail Notis Penarikan Permohonan Merayu

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan 32 individu lain menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar...

Saring Pekerja Asing: Perkeso Saran Klinik, Hospital Kenakan Caj Perkhidmatan Minimum

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang berhasrat membuat ujian saringan...

Bagi mengekang penyebaran pandemik COVID-19 yang telah menjadi ancaman seluruh dunia, semua pasukan MotoGP perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa kejuaraan perlumbaan kelas utama dua roda disambung semula di Litar Jerez, Sepanyol, hujung minggu ini.

Langkah tersebut diumumkan oleh Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas; Presiden Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA), Herve Poncharal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta dalam kenyataan bersama pada Ahad .

Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia 2020 telah ditangguhkan sejak Mac dan akan disambung semula hujung minggu ini di Litar Jerez, bermula dengan sesi ujian pada Khamis dan diikuti sesi latihan rasmi pada Jumaat serta sesi kelayakan pada Sabtu, sebelum perlumbaan pada Ahad.

“Kami harus mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada semua tentang kepentingan langkah-langkah keselamatan dan prosedur perubatan yang memungkinkan kita semua kembali ke litar.

“Sebelum tiba di Litar Jerez-Angel Nieto, kami mengingatkan kepada semua bahawa selepas anda diuji, setiap ahli paddock harus melakukan kawalan kendiri sebanyak mungkin dan mengelakkan hubungan yang tidak perlu dengan orang lain sehingga pada waktu tiba di litar,” kata kenyataan itu.

Perlumbaan hujung minggu ini akan diadakan di bawah kebiasaan baharu dengan protokol perubatan yang lebih komprehensif yang akan diperkenalkan bagi memastikan semua yang hadir ke perlumbaan itu akan mematuhi standard keselamatan tertinggi yang ditetapkan oleh FIM, IRTA dan Dorna Sports.

“Adalah penting semua peraturan mengasingkan diri dipatuhi dengan ketat dan semua peserta hanya boleh pergi ke litar dan hotel sahaja. Kami akan ketiadaan banyak ahli paddock dan kami berterima kasih atas usaha mereka yang bekerja dari jauh dan kami juga buat masa ini akan kehilangan peminat kami di grandstands,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar protokol perubatan di dalam dan luar litar.

“Sebarang pelanggaran protokol perubatan akan diambil serius dan tindakan segera akan diambil oleh pihak penganjur,” kata kenyataan itu.

Perlumbaan Grand Prix Sepanyol hujung minggu ini turut melibatkan pasukan MotoGP negara, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dan tiga pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah (Aspar Team) dan Kasma Daniel Kasmayudin (ONEXOX TKKR SAG Team) dalam kelas Moto2 serta Khairul Idham Pawi (Petronas Sprinta Racing) dalam kelas Moto3.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...