“Starvendors KL 2025”, festival raya terbesar lebih gempak!

- Advertisement -

Festival beli-belah Raya terbesar di Malaysia, Starvendors KL Mega Raya Fest 2025, bakal kembali dengan kelainan yang lebih besar dan menarik! Selepas dua tahun diadakan di KL Convention Centre, penganjuran tahun ini akan berlangsung di lokasi baharu, KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi.

Dengan konsep indoor dan outdoor, festival ini dijangka memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada pengunjung—bukan sekadar membeli-belah, tetapi juga menikmati pelbagai pilihan makanan, hiburan, dan aktiviti kekeluargaan.

Menurut pengasas dan Pengarah Urusan Star Vendors Event Sdn. Bhd., Dato’ Ifa Raziah, pemilihan lokasi baharu ini bukan satu langkah mundur, tetapi satu percubaan untuk memberikan sesuatu yang lebih segar kepada pengunjung.

“Ada yang kata kami ‘downgrade’, tapi sebenarnya kami berkembang! KL Base menawarkan ruang yang lebih luas, dengan parkir percuma yang boleh memuatkan 20,000 hingga 30,000 kenderaan pada satu masa. Ini jauh lebih baik berbanding lokasi sebelum ini, di mana pengunjung sering mengadu tentang bayaran parkir yang mahal,” katanya.

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 akan berlangsung selama 80 jam tanpa henti, bermula 20 Mac, jam 3 pagi sehingga 24 Mac, jam 6 pagi. Berdasarkan rekod sebelum ini, festival ini pernah menarik sejuta pengunjung dalam 100 jam, dan untuk tahun ini, Ifa Raziah optimis untuk mencapai sasaran 800,000 hingga sejuta pengunjung.

Namun, beliau juga realistik terhadap cabaran lokasi baharu, di mana akses kepada kemudahan awam agak terhad. Pengunjung disarankan datang dengan kenderaan sendiri, motosikal, atau menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab.

“Kami faham ada banyak acara lain yang berlangsung serentak di KL. Tapi sebagai pembeli, anda tentu mahu merasai pelbagai pengalaman, bukan? Satu hari boleh pergi ke acara A, hari berikutnya ke tempat lain, dan seterusnya ke Starvendors! Kami pastikan ada sesuatu yang unik menanti anda di sini,” jelas Ifa.

Salah satu sebab utama perubahan lokasi ialah keperluan untuk menyediakan lebih banyak pilihan makanan kepada pengunjung. Di KLCC, acara hanya terhad kepada jualan produk dan fesyen kerana larangan memasak di dalam bangunan. Kini, dengan ruang terbuka yang luas di KL Base, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah berbuka puasa, sahur, dan makanan jalanan sepanjang festival berlangsung.

Selain itu, acara tahun ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada 50 selebriti terkenal, antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Afdlin Shauki, Kak KM, Chacha Maembong, Ako Mustapha, Ramlah Ram, dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga akan membuka booth jualan produk mereka sendiri.

“Kami bukan sekadar menampilkan selebriti terkenal, tetapi juga influencer dan usahawan baharu yang ingin mengembangkan jenama mereka. Starvendors ialah platform untuk semua,” tambah Ifa Raziah.

Bagi memastikan keselesaan pengunjung, Starvendors 2025 akan menyediakan tempat solat, ruang berbuka puasa, tandas bersih, serta kawalan keselamatan yang ketat. Tiada ruang untuk penjual tidak sah atau ‘ulat’ kerana festival ini dikawal oleh sekuriti dan RELA.

Selain itu, festival ini turut memperkenalkan SPayLater sebagai Rakan Pembayaran Eksklusif, membolehkan pengunjung membeli dengan konsep “Buy Now, Pay Later” secara patuh Syariah. Dengan SPayLater, pembeli boleh memilih untuk membayar bulan hadapan tanpa caj tambahan atau secara ansuran sehingga 12 bulan dengan diskaun eksklusif.

Sebagai tambahan kepada pengalaman membeli-belah yang meriah, Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 juga akan menghadiahkan pengunjung dengan Hujan Duit dan goodie bags bernilai lebih RM100,000!

Menurut Ifa Raziah, kejayaan sesuatu acara bukan bergantung kepada lokasi semata-mata, tetapi pada penganjur dan strategi pemasaran yang mantap.

“Kami pernah berjaya menarik lebih 1.5 juta pengunjung di lokasi yang jauh lebih terpencil, seperti di Johor dan Melaka. Jadi, siapa kata lokasi menentukan segalanya? Yang penting ialah tarikan, promosi, dan pengalaman yang kami tawarkan,” tegasnya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri kemeriahan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025! Pastikan anda hadir untuk mendapatkan koleksi Raya terbaik, menikmati makanan enak, bertemu selebriti kegemaran, dan memenangi hadiah-hadiah menarik!

Tagline “Starvendors Pasti Mega!”

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat