Bukan cuma Perak, Persekutuan juga bakal ditawan BN

- Advertisement -

MUAR – Kerajaan Persekutuan bakal didominasi semula oleh Barisan Nasional (BN) memandangkan tawaran kerajaan stabil dan kuat menjadi harapan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberitahu pada PRU-15 akan datang beliau yakin rakyat akan memilih Barisan Nasional (BN) untuk memimpin kerajaan Persekutuan.

“Tidak hanya di Perak tapi seluruh Malaysia barangkali tidak lama lagi nak sampai tempoh penggal ke-14 ini.

“PRU-15 rakyat akan memilih BN untuk kerajaan Persekutuan.

“Saya amat yakin Malaysia akan dipimpin kembali oleh BN sebab kita nakkan kerajaan yang kuat dan stabil.Bukan sahaja di Perak di seluruh Malaysia saya yakin,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Seri Pekembar, malam ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yakin kejayaan BN di Johor akan membenih kejayaan sama di Perak dan juga peringkat Persekutuan.

“Saya yakin jika ini adalah petanda yang baik di mana rakyat telah memberi kejayaan kerana Kerajaan Persekutuan pun memerlukan sebuah kerajaan yang stabil.

“Sebab sekarang ini Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) datang daripada UMNO, tapi kita faham beliau mewujudkan kerajaan datang daripada perkongsian kuasa beberapa parti yang pada bila-bila masa mereka akan menarik balik sokongan menyebabkan Perdana Menteri akan jatuh dan hilang kuasa.

“Kita dah tengok apa yang berlaku malam ini di Johor jelas di luar jangkaan kita sebab kita beranggapan kita boleh menang sekitar 34 kerusi paling tinggi 38 kerusi saya difahamkan sudah lebih 40 dimenangi oleh BN itu petanda jelas rakyat Malaysia berkehendakkan kerajaan yang stabil,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat