Rakyat Johor yakin dengan Keluarga Malaysia

- Advertisement -

Seperti yang dijangka, Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti selesa bagi membentuk kerajaan negeri, mengulangi kemenangan besar pada PRN Melaka dan Sarawak.

Keyakinan untuk menang sudah dilaungkan lebih awal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut turun berkempen di PRN Johor sejak gelanggang pilihan raya dibuka pada 26 Februari lalu.

Malah semasa pengundian hari ini pun beliau dengan memakai kemeja BN turun padang dengan meninjau kelancaran proses pengundian di Pusat-pusat Daerah Mengundi (PDM) dan memberi semangat kepada calon-calon BN yang bertanding.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menaruh keyakinan itu berdasarkan kekuatan jentera parti yang telah bersiap siaga untuk memastikan kemenangan BN demi kestabilan rakyat dan negeri Johor.

Dalam tempoh berkempen, banyak program Pusat yang dilaksanakan di Johor yang membabitkan Perdana Menteri, termasuk Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Konsep Keluarga Malaysia tidak boleh dinafikan telah memberi keyakinan kepada rakyat Johor, khususnya dalam usaha membawa kestabilan dalam politik negara.

Konsep Keluarga Malaysia itu cukup kuat membuktikan kerajaan yang beliau pimpin hari ini mengutamakan kebajikan rakyat, sekaligus mampu meyakinkan pengundi di Johor untuk memberi mandat kepada BN.

Hari ini kita lihat kerajaan di peringkat Persekutuan turut stabil selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), malah Yang di-Pertuan Agong turut dalam titah ketika merasmikan pembukaan Dewan Rakyat turut berpuas hati dengan kestabilan politik di bawah pentadbiran Ismail Sabri.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad turut mengakui bahawa gagasan Keluarga Malaysia telah disambut baik oleh seluruh rakyat di negeri itu kerana mengetengahkan tiga teras utama bagi membawa kemakmuran, memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

BN berjaya meraih 41 kerusi, lebih tiga kerusi dari 38 kerusi majoriti dua pertiga.

Perikatan Nasional (PN) cuma meraih tiga kerusi dari 56 kerusi yang ditandingi, sementara Pakatan Harapan (PH) hanya mampu memperoleh 11 kerusi.

Kerusi-kerusi PH itu diperoleh dari DAP sembilan kerusi, manakala Parti Amanah Negara dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing mendapat satu kerusi.

PKR pula yang bertanding menggunakan lambang sendiri, bukan logo PH hanya terdaya mengutip satu kerusi.

Sementara itu Perdana Menteri
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan dan petugas yang bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan gabungan parti itu.

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan BN.

“Masa untuk kestabilan masa depan rakyat Johor,” katanya.

Oleh
Ismail Mat Zin
Tg Malim, Perak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat