Titah Adendum: Apandi tuntut Dusuki, Terrirudin letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpendapat Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar perlu melepaskan jawatan mereka berikutan skandal Titah Adendum pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut Apandi, Ahmad Terrirudin dan Dusuki yang berada dalam hirarki atas Pejabat Peguam Negara (AGC) gagal menguruskan Titah Adendum secara telus.

“Peguam Negara (AG) semasa mesti meletakkan jawatan atau secara alternatif perkhidmatannya ditamatkan kerana tidak telus mengenai kewujudan titah addendum.

“Begitu juga kedudukan bekas AG (Terrirudin) sebelumnya, mesti juga bertanggungjawab untuk tidak mendedahkan kewujudan addendum, sedangkan sebenarnya titah Raja itu ditujukan khusus kepadanya sebagai AG ketika itu.

“Dia juga mesti disingkirkan daripada apa-apa jawatan yang dipegangnya sekarang. Kerajaan mesti tegas dalam isu ini.

“Rakyat sedang memerhati. Perlembagaan Persekutuan mesti ditegakkan dan begitu juga dengan Kedaulatan Undang-undang,” tegas Apandi dalam komennya.

Pada 11 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan surat berhubung titah addendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah dihantar kepada peguam negara.

Beliau menjelaskan perkara tersebut bagi menyangkal dakwaan kerajaan sorok titah tersebut.

“Surat itu dihantar kepada Peguam Negara, bukan kepada saya, bukan kepada ahli Lembaga Pengampunan. Peguam negara kemudian, bila Agong ganti, diserah kepada Istana Negara kerana Agong yang pengerusikan (Lembaga Pengampunan).

“Itu keadaan dia. Bukan kita sorok,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat