Netizen Persoal Pemberian Tuala Wanita Percuma Di KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Inisiatif pemberian tuala wanita percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat tidak relevan apabila KKM mahu melaksanakannya bermula di pejabat kementerian berkenaan.

Melalui tinjauan yang dibuat dilaman media sosial mendapati sebahagian netizen mempersoalkan program berkenaan yang dikatakan tidak setaraf dengan jawatan menteri yang dipegang oleh Dr Zaliha Mustafa.

“Pejabat menteri terlebih mampu, kenapa tak mulakan di sekolah-sekolah atau tempat awam golongan B40?” soal pengguna laman Facebook.

Salah seorang netizen yang lain menyeru supaya menteri berkenaan menjalankan tugas sebagai seorang menteri bukannya menjalankan tugas bertaraf ketua jabatan di sesebuah kementerian.

“Wahai menteri, buatlah sesuatu perkara yang bertaraf menteri, bukan bertaraf ketua jabatan di kementerian,,menteri faham je tidak kerja dan portfolio menteri?” katanya di laman facebook.

Hari ini Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah melancarkan inisiatif pemberian tuala wanita percuma yang dimulakan di kementerian tersebut.

“Kita buat di pejabat menteri (dulu) selepas itu (bakal dilaksana) di seluruh kementerian (KKM)… dan seterusnya kita akan bekerjasama mungkin antara agensi dan kementerian lain yang mungkin akan melihat khusus pada kemiskinan haid ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini.

Terdahulu, kerajaan telah memberikan bantuan bulanan kit asas kebersihan diri secara percuma kepada 130,000 remaja wanita B40 seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2022.

Bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap isu kemiskinan haid di Malaysia yang berada pada tahap membimbangkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat