Agong Berkenan Terima Menghadap PM Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet Pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan sesi mesyuarat Pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit bermula 4.15 petang.

“Sesi ini juga adalah yang pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lalu,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik tiga keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan Seri Paduka.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan serta isu berkaitan kerajaan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat