PUNB lulus RM20 juta pembiayaan Prosper Impact kepada usahawan Bumiputera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) telah meluluskan lebih RM20 juta pembiayaan kepada usahawan bumiputera menerusi Prosper Impact (Pembiayaan Islam untuk Projek dan Kontrak) sejak ia diperkenalkan awal tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, inisiatif baharu itu telah mendapatkan sambutan luar biasa daripada para usahawan terutamanya pada bulan April ini.

“Setakat ini kelulusan kita dah beri lebih kurang RM26 juta dan insya-Allah akan ada lagi peruntukkan diberikan bagi membantu usahawan bumiputera.

“Selain itu, rakan niaga kita seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga amat membantu,” katanya ketika ditemui di Majlis Silaturahim PUNB di sini, hari ini.

Terdahulu, Izwan bersama Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan duit raya kepada 45 orang penghuni Asrama Darul Falah.

Dalam pada itu, Izwan berkata, inisiatif Prosper Impact adalah sebuah program khusus untuk membantu para usahawan bumiputera yang mendapat kontrak daripada kerajaan, institusi berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) memantapkan lagi perniagaan mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai perancangan pergerakan usahawan automotif dibawah naungan PUNB, Izwan berkata, pihaknya ketika ini sedang merangka strategi untuk memperbanyakan kerjasama dengan syarikat antarabangsa terutama Korea dan Jepun.

“Baru-baru ini, PUNB telah membawa kira-kira 100 rakan usahawan dalam bidang automotif menyertai lawatan Automotif World Korea 2024 bermula 23 hingga 28 April 2024.

“Tujuannya untuk mereka menimba ilmu dan memeriksa teknologi baharu, dan keduanya adalah untuk mereka melaksanakan rangkaian sosial,” katanya.

Tambah Izwan, setakat ini PUNB memiliki kira-kira 750 usahawan bumiputera dalam bidang automotif dan pihaknya menyasarkan lebih ramai penyertaan untuk memastikan produk tempatan mampu berdaya saing dengan hasil keluaran negara maju yang lain. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat