MB Pahang Lawat Mangsa Banjir Di PPS Seri Semantan

- Advertisement -

TEMERLOH: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Seri Semantan.

Menurut beliau, seramai 370 mangsa dari 11 keluarga masih ditempatkan di sini.

“Petang ini, saya telah melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Seri Semantan, Temerloh.

”Seramai 370 orang mangsa dari 11 keluarga masih ditempatkan disini.

”Saya nasihatkan kepada seluruh rakyat Pahang agar sentiasa peka dan bersiap-siaga menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku pada musim tengkujuh ini.” Kata Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya, pada Isnin.

Dalam pada itu, jelas Wan Rosdy lagi, Kerajaan Negeri pula akan terus fokus dalam memastikan pusat-pusat pemindahan banjir, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia demi memastikan rakyat dapat dibantu.

Beliau juga menyeru semua sama-sama mendoakan agar Allah Subhanahu Wata’ala menjauhkan kita semua daripada wabak, bala, dan bencana. Aamiin, ujarnya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat