AS Berdepan Ancaman ‘Tripledemic’ Menjelang Musim Cuti Krismas

- Advertisement -

WASHINGTON – Pegawai-pegawai kesihatan awam di Amerika Syarikat (AS) menilai semula topik pemakaian pelitup muka kerana tiga virus pernafasan yang sangat mudah menular berlaku pada musim cuti Krismas tahun ini, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Rochelle Walensky seperti dilaporkan portal berita NPR semalam.

Sejak beberapa minggu lalu, lonjakan kes Covid-19, virus sinsitium selesema dan pernafasan yang dikenali sebagai RSV direkodkan di AS.

Wabak itu mengakibatkan ramai pesakit membanjiri bilik-bilik kecemasan, bahkan menyebabkan kekurangan ubat sejuk manakala ancaman tiga virus pernafasan itu kali ini disebut ‘tripledemic’ oleh beberapa pakar kesihatan.

Walensky menyatakan, gabungan virus serentak itu telah membebankan sistem penjagaan kesihatan di seluruh AS.

Peta pusat yang menjejaki tahap komuniti covid-19 menunjukkan lebih banyak kawasan oren baru-baru ini iaitu warna yang menunjukkan jangkitan tinggi, kata Walensky kepada Alisa Chang daripada NPR.

“Untuk melindungi masyarakat dalam keadaan seperti itu pada tahap tinggi ni, kami telah mengesyorkan dan terus mengesyorkan agar komuniti terbabit memakai pelitup muka,” katanya.

Peta tahap komuniti covid-19 terbaharu CDC menunjukkan lebih daripada 9 peratus daerah di AS dianggap mempunyai risiko jangkitan yang tinggi.

Agensi persekutuan itu turut mengesyorkan agar penduduk yang tinggal di kawasan tersebut mengamalkan pemakaian pelitup muka, namun secara amnya, kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak digalakkan memakainya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat