Kelantan Rekod Jumlah Mangsa Banjir Paling Tinggi

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir paling ramai di dalam negara setakat jam 4 petang Isnin yang melibatkan 1,626 orang terdiri daripada 504 keluarga.

Menurut laporan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa di negeri itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di daerah Pasir Mas.

Di seluruh negara, terdapat 10 daerah masih terjejas banjir di empat lagi negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Johor dan Perak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada seramai 2,409 orang daripada 722 keluarga.

Di Terengganu, sebanyak enam PPS dibuka membabitkan 209 mangsa 55 keluarga, diikuti Pahang (tiga PPS dan 405 mangsa daripada 121 keluarga), Johor (dua PPS dan 34 mangsa daripada 11 keluarga) dan Perak (satu PPS dan 134 mangsa daripada 31 keluarga).

Dalam pada itu, sebanyak sembilan PPS ditutup pada Isnin. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat