Empat Ahli Parlimen Keluar Bersatu Tidak Perlu Kosongkan Kerusi – Wan Junaidi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengumumkan keluar daripada Bersatu, tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Memetik laporan FMT, Wan Junaidi berkata selepas dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai pagi tadi, empat ahli Bersatu Sabah itu telah meletakkan jawatan dalam parti mereka pada awal Oktober lalu sebelum bertanding pada PRU15.

“Dalam hal ini saya perlu bersetuju dengan Peguam Undang-Undang Perlembagaan, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad bahawa undang-undang anti-lompat parti memang memberi kesan kepada mereka.

“Dalam PRU15 baru-baru ini, Ahli Parlimen ini bertanding di bawah sepanduk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pakatan parti itu (GRS) dengan Bersatu berakhir pada awal Oktober tahun ini sebelum pemilihan berlangsung. Oleh itu, mereka tidak melanggar akta anti-lompat parti Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersatu hampir semua kepimpinan Bersatu negeri itu termasuk Ahli Parlimen dan Adun mengumumkan keluar parti serta-merta.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata semua bekas ahli Bersatu termasuk dirinya bakal menubuhkan sebuah parti tempatan baharu namun ketika ini menjadi ahli GRS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat