Krisis politik bakal terjadi jika Belanjawan 2021 tidak lulus – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, Malaysia bakal berdepan satu lagi krisis politik.

Katanya, walau bagaimanapun perlu pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan belanjawan itu lebih menyeluruh terutamanya peperangan melawan Covid-19 dan pengukuhan semula ekonomi.

“Kita semua ingin luluskan belanjawan ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu krisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.

Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendiri Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menyatakan, malangnya Kerajaan pintu belakang ini amat lemah dan menghabiskan masa untuk pertahan kedudukannya.

Ujar Dr Mahathir lagi, negara diserang oleh wabak Covid-19 yang mengancam pemerintahan.

“ Tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, menjejas tumpuan kepada menangani masalah wabak. Hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa. Kita lihat pembaziran ini di Sabah.

“ Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang,” bidasnya.

Dr Mahathir berkata, masih ada yang ingin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuhkan kerajaan Sabah.

“ Ya. Rebutan di Sabah berjaya. Tetapi kosnya amat tinggi. Banyak nyawa terkorban kerana ketamakan kuasa. Dari rekod yang kita telah lihat hari ini, saya tidak percaya PN akan dapat menangani wabak Covid-19 ini.

“Dalam krisis, yang kita hadapi sekarang “Cash bukan lagi King”. Walaupun pakar budaya ini memberi nasihat kepada Kerajaan, ingatlah apa sudah jadi kepada penasihat ini,” katanya.

Beliau sedar Belanjawan 2021 ini ada peruntukan untuk membantu mereka yang terputus harapan. Tetapi bantuan yang dicadang tidaklah mencukupi dan tidak menyeluruh.

“ Perbelanjaan untuk pembangunan boleh dikurangkan atau ditangguh supaya dana yang diselamatkan boleh diguna untuk mengurangkan tekanan jiwa.

“Saya mendengar beberapa ucapan menteri kerajaan yang menyebut tentang dasar yang diperkenal oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Dasar ini jika dilaksana sekarang boleh membantu negara mengatasi sebahagian dari kesan wabak Covid-19.

“Perancangan yang saya maksudkan ialah Dasar Kemakmuran Bersama. Sebenarnya PH sudah bermula melaksana dasar ini. Tetapi PH telah dijatuhkan dan perancangan penting ini tidak dapat dilaksanakan,” kata Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat