Rakyat Malaysia di Asia Barat dinasihat kekal berwaspada – Wisma Putra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengeluarkan nasihat kepada rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong di kawasan Asia Barat supaya kekal berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa susulan situasi bergolak di Iran.

Wisma Putra turut meminta rakyat di sana untuk sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan.

Mereka juga disaran untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb.

“Hubungi nombor telefon di talian +98 21 880724444 dan +98 21 88078606. Email kedutaan, [email protected] atau [email protected],” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wisma Putra juga berkata, Malaysia kini sedang memantau situasi terkini di Asia Barat.

“Dalam hal ini, Malaysia menggesa semua pihak yang terbabit untuk meredakan ketegangan dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian diplomatik,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata, kerajaan bersedia membawa pulang warga Malaysia di Iran jika perkembangan konflik antara negara itu dan rejim Zionis semakin membimbangkan.

Katanya, ketetapan itu dimuktamadkan menerusi mesyuarat yang diadakan pagi tadi.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan, Iran mematahkan serangan dron yang dilancarkan rejim Zionis pagi ini.

ABC News pula melaporkan, sumber kerajaan Amerika Syarikat mengesahkan serangan peluru berpandu di beberapa lokasi di Iran.

Agensi berita Iran, Iranian Fars melaporkan berlaku letupan di Isfahan, Iran, menyebabkan operasi penerbangan di ruang udara negara itu terutama ke Tehran, Isfahan dan Shiraz dihentikan.

Isfahan adalah lokasi yang dikaitkan dengan program nuklear Iran, termasuk tapak bawah tanah Natanz yang menjadi sasaran serangan Israel sebelum ini.

Bagaimanapun, siaran televisyen Iran, IRNA dalam laporannya menyifatkan semua tapak di kawasan itu setakat ini ‘selamat sepenuhnya’.

Pada Sabtu lalu, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat