Kes Mahkamah Bung Dan Isteri Di Tunda Akibat PKPB

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

UMNO – Bersatu tidak mungkin bersama, akan sentiasa berkelahi

Kuala Lumpur - Penulis blog, Shahbudin Husin menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuli UMNO. Menurutnya Muhyiddin kini sedang...

Apa Kesan Darurat Politik Kepada Negara?

CYBERJAYA - Secara asasnya Darurat Pentadbiran atau juga dikenali sebagai darurat politik bukanlah membabitkan pemerintahan tentera seperti mana yang difahami ramai apabila disebut darurat. Tujuan...

Taman Negara Beroperasi Semula Hari Ini

KUANTAN, 23 Okt -- Taman Negara Kuala Tahan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini, dibenarkan untuk kembali beroperasi hari ini, selepas ditutup kepada...

Gencatan Politik Zahid Buat Pakatan Tersepit?

SETELAH Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO mengadakan gencatan politik bagi membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani wabak Covid-19 di negara...

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad yang dijadualkan hari ini dan esok ditangguhkan kerana mereka berada di Sabah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu susulan penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu media bahawa Bung Moktar, 60, yang kini Timbalan Ketua Menteri Sabah dan isterinya, Zizie Ezette, 41, seorang pelakon sedang menjalani kuarantin di Sabah.

“Sepatutnya perbicaraan pada hari ini dan esok, tetapi hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes itu. Tarikh bicara seterusnya pada 21 hingga 24 Dis ini,” katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini.

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Bung Moktar ketika ditemui berkata beliau ada menghubungi anak guamnya yang berada di Sabah melalui sidang video.

Turut hadir ke mahkamah peguam Teh See Khoon dan Arwinder Kaur yang mewakili Zizie Ezette.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, 60, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui Zizie Ezette.

Bung Moktar dituduh melakukan perbuatan itu sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM262,500 daripada Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Ezette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga berdepan tuduhan ketiga, secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Ezette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, 19 Jun 2015 dan semua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Ezette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

UMNO – Bersatu tidak mungkin bersama, akan sentiasa berkelahi

Kuala Lumpur - Penulis blog, Shahbudin Husin menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuli UMNO. Menurutnya Muhyiddin kini sedang...

Apa Kesan Darurat Politik Kepada Negara?

CYBERJAYA - Secara asasnya Darurat Pentadbiran atau juga dikenali sebagai darurat politik bukanlah membabitkan pemerintahan tentera seperti mana yang difahami ramai apabila disebut darurat. Tujuan...