Beri Laluan Mohamad Hasan, Hadi Awang atau Najib Sebagai PM Selepas Muhyiddin – Ridhuan Tee

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

SAYA cukup teruja dengan tindakan ADUN (lantikan) PAS Sabah, kerana melantik Herman Obi, seorang Kristian, menjadi pegawai khasnya, bertanggungjawab perkara berkaitan hubungan etnik di Sabah. Tahniah YB.

ADUN atau Ahli Parlimen seperti inilah yang perlu diramaikan dalam DUN dan parlimen. YB memandang Islam dan dakwah jauh ke hadapan. Dahulu saya pernah berkata, PAS perlu jadi parti dakwah sahaja di Sabah, bukan parti politik. Ternyata, telahan saya meleset, PAS sudah matang menjadi sebuah parti politik, bukan sahaja untuk Sabah tetapi juga Sarawak.

Tidak ada masalah pemimpin Islam melantik atau memberikan jawatan kepada bukan Islam, asalkan dia bukan musuh Islam atau tidak ultra kiasu

Perlantikan Obi ini sangat tepat pada masanya bagi membuka mata evangelis Kristian, musuh-musuh Islam dan ultra kiasu selama ini. Satu tamparan hebat kepada mereka yang selama ini begitu memandang serong kepada PAS.

Jika saya berada di tempat beliau, saya juga akan melakukan perkara sama, melantik bukan Islam yang tidak ultra kiasu sebagai pegawai khas. Saya nak tengok ultra kiasu nak kata apa pula selepas ini.

Inilah sifat Islam yang perlu ditonjolkan. Islam tidak pernah memusuhi bukan Islam yang baik-baik. Islam begitu berhikmah dengan bukan Islam, asalkan mereka tidak khianat.

Jika tidak, mana mungkin Islam boleh berkembang begitu cepat berbanding dengan agama lain dalam jangka masa lebih kurang 1400 tahun. Semua kerana hikmah yang dibawa oleh Islam.

Seperti yang selalu saya ulang, Islam tidak lahir di kawasan Islam, tetapi Islam lahir di kawasan bukan Islam, kawasan yang penuh dengan berhala, penuh kekotoran dan penuh dengan kemungkaran

Cantiknya Islam, sifatNya membersihkan yang kotor. Menukar mungkar kepada makruf. Akhirnya, terpancar keadilan dan menjadikan orang bukan Islam tertarik dan seterusnya memeluk Islam.

Bukitnya, Islam pernah memerintah dunia, suatu ketika dahulu. Di India, Islam memerintah dan bertahan hampir seribu tahun. Disebabkan oleh percaturan umat Islam, akhirnya, Islam jatuh. Begitu juga di negara-negara Eropah.

Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini, bagaimana bukan Islam dilayan PAS, di Kelantan, Terengganu dan Kedah, seperti menatang minyak yang penuh. Mana mungkin bukan Islam boleh hidup aman tenteram, jika PAS bersifat ekstrem atau yang sering dituduh oleh ultra kiasu sebagai Taliban.

Ternyata, ADUN PAS, lantikan kerajaan negeri Sabah, mewarisi ciri-ciri kepemimpinan ulama PAS, yang meraikan kepelbagaian, tanpa menggadaikan prinsip. Saya harap selepas ini, ia dapat dicontohi di Sarawak pula.

Sesungguhnya, di dalam PAS, ramai pemimpin yang berwibawa. Begitu juga dalam UMNO. Negara kita tidak pernah tandus dengan pemimpin, termasuk menjadi Perdana Menteri.

Amat dangkal jika ada yang mengatakan bahawa selain Muhyiddin, tidak ada pemimpin yang layak menjadi PM, selepas ini.

Kita menjadi mual, asyik-asyik fokus menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Apakah negara kita sudah ketandusan pemimpin?

Ya, Muhyiddin memang sudah menjadi PM. Siapakah yang akan menggantikannya selepas ini? Ramai lagi, Tok Mat ada, Hadi Awang ada, Najib Razak yang pernah menjadi PM pun ada.

Tidak dinafikan, mereka pernah buat silap sebab mereka bukan maksum. Apa yang saya ingin katakan, negara tidak ketandusan pemimpin. Patah tumbuh, hilang berganti.

Kenapa kita tidak mahu mengambil pengajaran bagaimana pemimpin ultra kiasu dan Kristian Sabah berstrategi. Cukup tersusun. Apabila ada ura-ura pemimpin PAS akan dilantik menyertai kabinet Sabah, seluruh ultra kiasu dan Kristian menentang. Kita bagaimana?

Saya bukan mahu bodek pemimpin PAS atau UMNO, tetapi walaupun ternista dan tidak maksum, mereka tidak pernah berputus asa untuk menghulurkan pandangan dan sumbangan untuk negara.

Kenapa kita tidak boleh tinggalkan era persengketaan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada era persepakatan Najib Razak dan Hadi Awang sebagai warna yang akan menentukan politik yang lebih sejahtera.

Perkara ini perlu disedari supaya umat Islam bahawa ada ramai pemimpin lain selain daripada dua dinasour itu.

Pendek kata, orang Melayu perlu berani tenggelamkan kritik dengan sumbangan.

Perkara ini ternyata telah dibuktikan oleh dua pemimpin parti Islam terbesar ini. Apa yang musuh tidak kritik. Tetapi mereka tetap hadapi dengan memberikan sumbangan.

Justeru, berilah peluang kepada pemimpin berjiwa besar sebegini. Mereka sudah belajar banyak daripada kesilapan.

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

Topik Hangat

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

Sultan Selangor Berkenan Terima Suntikan Vaksin

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima giliran suntikan vaksin Covid-19 selepas semua petugas barisan hadapan di Selangor selesai menerimanya. Istana...

Vaksin COVID-19: Warganegara Di Sabah Diberi Keutamaan

SANDAKAN: Warganegara di Sabah akan diberi keutamaan suntikan vaksin COVID-19 sebelum ia diberi kepada warga asing. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan memaklumkan,...

PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 15 Mac Depan

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di seluruh Sarawak akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 15 Mac depan, kata...