Najib Sindir Mahathir, Tubuh Parti ‘Anak-Anak Daddy’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad agar mewujudkan sebuah parti politik yang baharu khusus untuk kaum keluarganya.

“Dengar kata sebuah parti politik baru yang dinamakan parti Anak-Anak Daddy bakal ditubuh?

“Sahih ke berita ini? Tanya je,” tulis Najib, merujuk kepada dakwaan Mahathir sering memberikan projek demi kepentingan anak-anaknya.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas namun kenyataan itu dipercayai sebagai maklum balas kepada kenyataan Mahathir yang mahu menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Mahathir dalam nada sinis berkata “Parti Apa Aku Dapat” (AAD) akan ditubuhkan, bertujuan untuk memperkaya orang Melayu yang belum mendapat habuan projek dan jawatan.

“Caranya adalah dengan melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

“Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli atau presiden, timbalan presiden, naib presiden dan lain-lain.

“Yuran, tidak perlu,” catat bekas pengerusi PPBM itu di Facebook.

Kelmarin Dr Mahathir dalam catatan blog mendakwa dua pertiga ahli parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Manakala yang lain dilantik sebagai pengerusi syarikat dan institusi, termasuk pemimpin yang masih ada kes mahkamah kerana pelbagai kesalahan jenayah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat