Pilih Kami, Nama Parti Baharu Kami ‘Pejuang’ – Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Ketujuh (PM7), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan parti baharu yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat akan dikenali dengan nama ‘Pejuang’.

Mahathir berkata, parti baharu itu ditubuhkan kerana berlaku pertikaian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau juga dikenali dengan nama Bersatu, yang ditubuhkan pada 2016.

“Kita tubuh parti (baharu) untuk selamatkan kita. Parti kita (Bersatu) ‘dihijack’ untuk selamatkan musuh kita.

“Demikian Bersatu. Ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat, kerana apa, kerana jawatan dan wang.

“Pilih parti kami. Pilih PEJUANG,” kata bekas Pengerusi Bersatu itu.

Pada 24 Februari lalu, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu, kira-kira setengah jam selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Selepas itu keahlian beliau bersama lima lagi pemimpin Bersatu terlucut susulan tindakan mereka melanggar pendirian parti yang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat