Pemodenan Pertanian Rancak Pendapatan Petani, Nelayan dan Pekebun Kecil

- Advertisement -

KUCHING – Kerajaan sentiasa berusaha memodenkan sektor pertanian melalui peningkatan produktiviti dan pendapatan petani, nelayan dan pekebun kecil serta penerapan teknologi moden bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja.

Inisiatif ini dijangka menangani kesan harga komoditi yang rendah melalui langkah penstabilan pendapatan pekebun kecil.

Hal demikian mendorong Menteri Pembangunan dan Usahawan, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan Seminar Pembangunan Pertanian Koperasi Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada anggota koperasi, ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) daripada seluruh Negeri Sarawak.

Majlis Perasmian Seminar ini akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

“Seminar ini bertujuan untuk menubuhkan koperasi di kalangan 18 PNK dan 28 PPK di Negeri Sarawak. Kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ini melalui SKM adalah supaya PNK dan PPK dapat sama-sama membangunkan ekonomi anggota masing-masing melalui koperasi.

“Kerjasama ini dilihat antara usaha MEDAC melalui SKM bagi meluaskan lagi pasaran produk milik koperasi sambil pertukaran idea dan teknologi pertanian terkini di antara kedua-dua pihak. Jalinan kerjasama strategik ini diyakini dapat memberi lebih banyak peluang dan manfaat kepada gerakan koperasi dalam meluaskan lagi rangkaian pasaran produk berkaitan pertanian,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau menjelaskan, penglibatan koperasi dalam aktiviti pertanian dan industri makanan adalah berkonsepkan “members-owned, members produced, and members-traded” di mana koperasi yang dimiliki oleh anggota, bergabung tenaga dan modal mengeluarkan hasil pertanian untuk dipasarkan secara bersama.

“ Dalam konteks ini, peranan orang tengah akan digantikan oleh koperasi yang bertindak sebagai pembekal input pertanian kepada petani serta memasarkan hasil pertanian.

“Sehingga 31 Disember 2019 gerakan koperasi di Sarawak mempunyai bilangan koperasi sebanyak 1,077 buah dengan keanggotaan seramai 264,155 orang, jumlah syer/yuran RM196.41 juta, jumlah aset RM617.04 juta dan jumlah perolehan RM274.43 juta,” ujarnya.

Tambah beliau, berdasarkan data ini jelas gerakan koperasi di Sarawak mempunyai kekuatan dan berpeluang untuk menguasai pasaran perniagaan terutamanya dalam bidang pertanian dan industri makanan.

“MEDAC sentiasa memastikan usaha-usaha membangunkan gerakan koperasi sebagai agenda utama Kementerian yang mana selaras dengan objektif Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) iaitu “mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat