PRN Sabah: BN, PN dan PBS Bertembung Di 17 Kerusi DUN

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masih berlaku walaupun solidariti gabungan memutuskan untuk tidak bersaing sesama sendiri.

Berdasarkan data laman sesawang Suruhanajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), sebanyak 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan pertembungan antara gabungan parti berkenaan.

Pertembungan banyak berlaku antara BN dan PBS untuk merebut sembilan kerusi masing-masing di Matunggung, Tandek, Kadamaian, Tanjung Aru, Kapayan, Lumadan, Melalap, Telupid dan Karamunting.

Manakala dua tempat lagi masing-masing di Paginatan dan Tulid bertembung antara PN, BN dan PBS.

Selain itu, terdapat juga pertembungan antara PN dan BN di Sook manakala PN dan PBS di Moyog, Tambunan, Bingkor dan Liawan.

Ternyata pertembungan itu tidak dapat dielakkan ekoran faktor kerusi tradisi dan jangkaan calon ‘boleh menang’ diletakkan di semua kawasan pertindihan.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertembungan itu tidak dapat dielakkan kerana anggapan setiap parti mempunyai kekuatan masing-masing di kawasan yang menjadi rebutan.

Namun, beliau bersikap positif dengan menganggap ia adalah ‘perlawanan persahabatan’ antara parti komponen.

“Tidak mengapalah. Anggap saya ini ‘friendly match’ sebab masing-masing rasa mereka boleh menang dan letakkan calon,” katanya kepada NSTP.

Semalam pertemuan tertutup diadakan dengan dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan kanan parti komponen PN, BN dan PBS.

Ia bagi membincangkan pertindihan calon bagi kerusi yang sama selain isu berbangkit mengenai gerak kerja parti dalam PRN ke-16 ini. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat