Perlu Diadakan Pilihan Raya Mengejut Untuk Stabilkan Politik Negara – Abdul Hadi

Puteri UMNO Gesa Kerajaan Pertimbangkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, mengesa agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi...

Peguam Saman Agong Ada Kaitan Dengan Anwar?

Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusuff Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi...

376 Sekolah, Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Ditutup Hingga 14 November – KPM

KUALA LUMPUr - Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19...

Mahathir Nafi Promosi Keganasan, Dakwa Kenyataan Disalah Tafsir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa pandangannya mengenai isu di Perancis telah disalahtafsir. Bekas Perdana Menteri itu berkata, perenggan ke-12 dalam kenyataannya semalam...

Kerajaan Nafi Abaikan Sabah Berdepan Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia tampil menyanggah dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan mengabaikan rakyat Sabah berdepan kes Covid-19. Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan,...

KUALA LUMPUR – Orang Melayu mesti memperolehi kedudukan dominan dalam pilihan raya akan datang bagi memastikan kestabilan politik di negara ini, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik laporan Reuters, Abdul Hadi berkata, pilihan raya mengejut perlu diadakan bagi menambah wakil orang Melayu di Parlimen dan mengesahkan kuasa gabungan Perikatan Nasional (PN) seterusnya menstabilkan keadaan politik dalam negara.

“Bagi memastikan kestabilan politik, penting untuk memiliki kaum yang menguasai masyarakat memimpin kerajaan.

“Kawasan yang majoriti beragama Islam perlu diwakili orang Islam, dan juga kawasan majoriti bukan Islam perlu diwakili bukan Islam,” kata Abdul Hadi, ketika ditemubual agensi berita antarabangsa itu, hari ini.

Abdul Hadi berkata, parti gabungan PN akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin dan mencalonkannya sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang.

“Jika anda mencampurkan sokongan untuk PAS, UMNO dan PPBM, banyak kerusi yang kami boleh menang. Kami mungkin dapat memenangi majoriti 2/3,” katanya.

Abdul Hadi meramalkan pilihan raya mengejut akan diadakan sama ada akhir tahun ini atau awal 2021.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO turut mengutarakan keperluan mengadakan pilihan raya segera bagi meredakan ketidak tentuan politik dalam negara.

“Segala usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini. – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Peguam Saman Agong Ada Kaitan Dengan Anwar?

Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusuff Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi...

376 Sekolah, Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Ditutup Hingga 14 November – KPM

KUALA LUMPUr - Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19...

799 Kes Baru Covid Termasuk 466 Jangkitan Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan 799 kes termasuk daripada lapan kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 30,889 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,...