Enam Jenazah Sekeluarga Mangsa Kemalangan Selamat Dikebumi

- Advertisement -

Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah dekat Kulim dalam satu liang lahad pada 7.30 malam tadi.

Difahamkan jenazah Zulkifli Shuib, 41, pula dibawa ke Hospital Kulim selepas tiba di hadapan perkarangan tanah perkuburan bersama enam jenazah lain untuk diuruskan ahli keluarganya.

Terdahulu, jenazah Fatimah Mat Isa, 68, Hasliza Mahmud, 40, Mohd Zairul Mat Isa, 34, Nuratiqah Abd Hamid, 30, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4, Mohd Alif Firdaus, 3, tiba di tanah perkuburan pada 6.15 petang.

Enam jenazah berkenaan kemudiannya disolatkan di luar perkarangan tanah perkuburan dan dibenarkan diziarahi oleh lebih 300 ahli keluarga dan kenalan.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan ketika setiap jenazah diturunkan ke liang lahad satu persatu.

Dalam kemalangan yang berlaku tujuh sekeluarga maut, dua parah manakala seorang lagi dirawat di Zon Kuning selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat