Saya Menteri MITI bukan Setiausaha Akhbar Tun Mahathir – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengulang sekali lagi pelawaannya untuk membantu memudah cara pelaburan RM500 juta yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad bakal masuk ke Langkawi.

“Jadi, jika betul ada pelaburan RM500 juta nak masuk Langkawi, maklumkan pada MITI butiran pelabur tu, kami akan bantu memudahcara pelaburan tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Sementara itu, Tengku Zafrul tetap mempertahankan ulasannya berkenaan kekeliruan pelaburan RM500 billion dan RM500 million yang mencetuskan pertikaian antara beliau dan bekas Perdana Menteri itu.

“Tun, laporan Sinar Harian keluar Sabtu, 8 Julai. Saya ulas Isnin malam 10 Julai. Lepas saya ulas barulah ada pembetulan 11 Julai.

“Sabtu sampai Isnin 3 hari. Takkanlah dalam masa 3 hari tak ada orang-orang Tun yang minta Sinar Harian betulkan laporan?

“Saya kerdil berbanding Tun. Cuma, sekerdil saya, setakat hari ini saya Menteri MITI, bukan Setiausaha Akhbar Tun Mahathir. Tugas saya soal pelaburan dan betulkan sebarang persepsi negatif tentang kendalian pelaburan. Belum jadi tugas saya untuk betulkan bila media salah lapor kenyataan Tun,” ujar Tengku Zafrul.

Tegas beliau tidak penting siapa yang membawa masuk pelaburan itu kerana manfaatnya akan dinikmati rakyat.

“Tapi berbalik kepada ulasan asal saya, saya dah sebut: tak penting siapa yang bawa masuk pelaburan sebab bila pelaburan masuk, rakyat juga yang akan terima manfaat,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir membidas sikap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang disifatkan sebagai over-excited (terlalu teruja) dengan laporan yang tidak tepat yang mengatakan bahawa beliau bertemu pelabur yang ingin melabur sehingga RM500 billion.

“Tengku Zafrul kelihatan agak over-excited dengan laporan yang tidak tepat yang mengatakan bahawa saya bertemu pelabur yang ingin melabur sehingga RM500 billion.

“Laporan itu telah diperbetulkan sendiri oleh penerbit akhbar tersebut tanpa permintaan dari saya, dan kenyataan saya yang sebenar ialah pelaburan yang saya nyatakan adalah sebanyak RM500 million telah dimuat naikmengganti laporan asal.

“Agaknya sebelum sempat akhbar itu lakukan pembetulan, Tengku Zafrul tanpa berlengah telah memuat naik di video di media sosialnya dengan memberi perincian bahawa RM309 bilion ialah pelaburan tertinggi setahun yang pernah didapati oleh Malaysia, dan di zaman saya jadi Perdana Menteri pun tak pernah dapat pelaburan mencecah RM500 billion.

“Jika sifat over-excited Tengku Zafrul terhadap laporan yang tidak tepat itu terdapat juga di dalam dirinya ketika mencari dan mendapatkan pelabur ke Malaysia, saya yakin keadaan ekonomi Negara yang kelam dan muram ini dapat di atasi. Kalau setakat buat pengumuman ada pelbagai cadangan dan tandatangan puluhan MOU berkait pelaburan tanpa keputusan yang muktamad tidak akan membangun ekonomi negara,” bidas beliau dalam kenyataan pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat