Ayam Pedaging Dikosongkan Dari Ladang Babi, Pemilik Dikompaun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengeluarkan notis arahan kepada pemilik ladang babi di Seberang Perai, Pulau Pinang untuk untuk mengosongkan ayam pedaging dari ladang babi berkenaan dalam tempoh 7 hari.

Dalam kenyataan pada Rabu, DVS memaklumkan melalui operasi yang dijalankan jabatan itu mendapati ayam pedaging hidup yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam sahaja bahkan tidak melibatkan penjualan ke lokasi lain.

“Untuk memastikan perkara ini tidak berulang, DVS akan memeriksa semua ladang babi bagi memastikan tiada spesis haiwan dan unggas diternak secara komersial di semua ladang babi.

“DVS akan turut mengeluarkan surat peringatan kepada semua ladang babi agar mematuhi peraturan pelesenan ternakan babi.

“DVS memohon agar video tersebut dihentikan penularannya bagi mengelakkan kerisauan dalam kalangan orang awam,” kata jabatan itu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuat tindakan berkenaan merujuk kepada video tular berkaitan penternakan babi bersama penternakan ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.

“Satu operasi bersepadu antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (DVS Penang) telah diadakan bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan viral berkenaan di ladang terbabit.

“Melalui operasi yang dijalankan pada 11 Julai 2023, DVS mengesahkan bahawa terdapat sebuah ladang di Seberang Perai yang menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama.

“Ladang terbabit merupakan ladang babi yang berdaftar dengan DVS, tetapi tidak mempunyai lesen untuk beroperasi kerana tidak mematuhi peraturan di bawah pelesenan yang menetapkan semua ladang babi perlu menaiktaraf kepada sistem kandang tertutup dan zero discharge iaitu tiada sisa kumbahan terlepas ke parit awam,” jelasnya.

Ekoran itu kata jabatan itu lagi, Notis Pengosongan Kandang, Penutupan dan Pemberhentian Operasi telah dikeluarkan kepada ladang tersebut.

“Satu kompaun di bawah Enakmen Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2016 telah dikeluarkan kepada ladang berkenaan dan membawa kepada kompaun sebanyak RM7,500.00 atau denda RM30,000.00 atau/dan penjara 3 tahun tertakluk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Ladang babi ini, jelas telah melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020, iaitu Peraturan 19 (1), yang menyatakan bahawa semua spesis haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat