Hujan lebat Himachal Pradesh, 12 rakyat Malaysia gagal dihubungi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seramai 12 rakyat Malaysia yang mengikuti ekspedisi di India sedang dikesan kerana gagal dihubungi susulan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai lalu.

Usaha itu sedang dilaksanakan Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi yang menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan ekoran laporan berhubung sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Wisma Putra berkata, Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan ini sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di alamat 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi 110021 melalui telefon: +91 85955 50594 dan e-mel: [email protected],” katanya.

Pada masa sama, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.

Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat