Polis Mohon Sambung Reman Selebriti Disyaki Hina TMJ

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas pelakon dan penyampai radio Patrick Teoh bagi membantu siasatan mengenai kenyataan jeliknya  terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebooknya Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, permohonan sambungan reman itu adalah bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan terhadap selebriti itu.

Tambah Ayob Khan, reman terhadap Patrick sepatutnya berakhir hari ini, tetapi beliau dilaporkan tidak memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan mendakwa lupa kata laluan manakala telefon bimbitnya dikatakan hilang sehari sebelum siasatan.

“Semua password (kata laluan) dia lupa termasuk untuk emel. Telefon bimbitnya pula didakwa hilang sehari sebelum dipanggil untuk siasatan.

“Jadi mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kita akan memohon reman antara tiga atau empat hari lagi,” Katanya.

Terdahulu,  Patrick berkongsikan satu hantaran TMJ pada 5 September 2019 dengan menyertakan perkataan slanga kurang sopan  dalam bahasa hokkien.

Walaubagaimanapun, hantaran itu kini didapati tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan.

Dalam sidang media itu juga, Ayob Khan meminta masyarakat menghayati Rukun Negara sebelum memuat naik kenyataan jelik yang menyentuh institusi beraja negara.

“Balik baca semula Rukun Negara, mana yang terlupa memuat naik komen jelik, bahasa kasar dan kurang ajar selalunya mereka tidak hayati Rukun Negara.

“Jika tidak, tindakan tegas menanti golongan yang biadap sebegini, ” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat