Kerajaan Mukhriz Tumbang Di Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) PKR di Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) mengumumkan keluar daripada parti itu.

Dalam satu sidang media bersama tengah hari ini, Robert Ling berkata beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden Anwar Ibrahim.

Sementara Azman pula berkata, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan secara mendalam.

“Saya dan Robert memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” kata Azman.

Tindakan mereka  sekaligus menyebabkan Mukhriz bukan sahaja hilang sokongan dan jawatan tetapi menyebabkan kerajaan PH yang mentadbir Kedah tumbang.

Minggu lalu, Ling mencabar pucuk pimpinan PKR memecatnya, ketika parti itu bertindak menyingkirkan penyokong Azmin daripada parti itu sejak beberapa bulan lepas.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya dilaporkan berkata, kejatuhan Mukhriz tidak dapat dielakkan kerana menteri besar itu tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

Dengan pengumuman Ling dan Azman itu, Menteri Besar Mukhriz Mahathir kini mempunyai sokongan 17 kerusi di DUN dan PN pula 19 kerusi.

Pada masa sama, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini di Kompleks PAS Kedah.

Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya membuat kenyataan bahawa perubahan kerajaan negeri Kedah sudah tidak dapat dielakkan lagi dan mendakwa PH tempang di Kedah dan hilang majoriti.

Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat