PM ucap tahniah kejayaan BN tawan Johor, bentuk kerajaan kukuh

- Advertisement -

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam PRN Johor.

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional,” ucap Perdana Menteri di Facebooknya.

Ismail Sabri memberitahu inilah masanya untuk kestabilan masa depan rakyat Johor.

Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 29 daripada 56 kerusi yang ditandingi.

Laporan terkini menunjukkan BN meninggalkan pesaingnya di kebanyakan kerusi dan tidak mustahil mencatatkan kemenangan dua pertiga bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat