Doko Koko – lebih daripada sekadar kafe Anime, ruang komuniti & inspirasi kreatif

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Doko Koko bukan sekadar kafe bertemakan anime terbesar di Asia Tenggara, tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat komuniti dan inspirasi bagi peminat animasi Jepun serta artis tempatan. Dengan konsep unik yang menggabungkan budaya pop Jepun dengan pengalaman kulinari dan jualan barangan eksklusif, Doko Koko membuka lembaran baharu dalam industri anime di Malaysia.

Sebelum ini, peminat anime Malaysia sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan barangan asli dari Jepun yang mahal dan sukar diperoleh. Doko Koko hadir sebagai penyelesaian dengan membawa koleksi eksklusif terus dari Jepun ke pasaran tempatan pada harga lebih berpatutan.

Namun, lebih daripada sekadar tempat membeli barangan anime, Doko Koko juga mewujudkan suasana interaktif yang membawa peminat lebih dekat dengan francais kegemaran mereka. Setiap bulan, kafe ini menampilkan tema berbeza berdasarkan siri anime popular, termasuk NIJISANJI EN dan Heaven’s Official Blessing pada Januari dan Februari 2025.

Menurut Pengarah Doko Koko, Joshua Wong Yong Chern, misi utama mereka adalah untuk menjadikan budaya animasi Jepun lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia tanpa perlu ke luar negara.

“Kami bukan sahaja mahu menjadi pusat jualan merchandise, tetapi juga mencipta ruang di mana peminat boleh berkumpul, berbincang dan meraikan minat mereka terhadap anime,” katanya.

Selain membawa produk Jepun ke Malaysia, Doko Koko turut berhasrat menjadi platform bagi artis tempatan untuk mengetengahkan karya mereka. Dengan adanya premis ini, lebih ramai bakat tempatan dapat mempamerkan hasil seni mereka dalam bentuk merchandise atau ilustrasi yang mungkin sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Joshua Wong percaya bahawa Malaysia mempunyai ramai bakat hebat dalam dunia animasi, dan Doko Koko boleh menjadi batu loncatan untuk mereka berkembang ke peringkat antarabangsa.

“Kami mahu memberi peluang kepada artis tempatan untuk menjual karya mereka di sini dan mungkin satu hari nanti, kita boleh melihat animasi dari Malaysia di peringkat global seperti anime Jepun,” ujarnya.

Walaupun Doko Koko kini menjadi tumpuan peminat anime, Joshua Wong mengakui bahawa industri ini bukan tanpa cabaran. Mendapatkan lesen rasmi daripada pemegang hak cipta Jepun memerlukan usaha dan kos yang tinggi.

“Kami mahu memastikan setiap produk di sini adalah asli dan berlesen. Ini penting bukan sahaja untuk peminat, tetapi juga untuk memastikan sokongan kepada industri anime Jepun,” katanya.

Dalam usaha memperluaskan akses kepada peminat, Doko Koko merancang membuka 10 cawangan baharu di seluruh Malaysia, dengan Johor Bahru sebagai lokasi sasaran seterusnya.

Doko Koko bukan sahaja menyediakan merchandise eksklusif, tetapi juga pengalaman kulinari bertemakan anime yang menjadikannya unik.

Antara tarikan utama ialah seleksi makanan yang diinspirasi daripada siri anime popular. Selain itu, pelanggan boleh menikmati hidangan menggunakan pinggan dan gelas edisi terhad dengan ilustrasi khas yang hanya boleh didapati di Doko Koko.

Dengan pembukaan rasmi di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur, Doko Koko telah memulakan perjalanan sebagai pusat komuniti anime terbesar di Asia Tenggara. Dari sekadar tempat makan dan membeli-belah, ia kini berkembang menjadi satu ekosistem yang menyatukan peminat, artis tempatan dan pemegang hak cipta Jepun dalam satu ruang yang unik.

Bagi peminat anime di Malaysia, Doko Koko bukan sekadar destinasi – ia adalah pengalaman.

Alamat : G20A & B, Lalaport BBCC, 2, JIn Hang Tuah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia  Website :https://www.dokokoko.asial   E-mel :[email protected]  Instagram: @dokokoko dkkk  FасеЬоок: @Dоко Коко  TikTok :@dokokoko_dkkkk  : @DokoKoko_dkkk

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat