Pertumbuhan Ekonomi Negara Suku Ketiga catat 14.2 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus bergerak ke arah pemulihan ekonomi dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2% pada suku ketiga 2022.

Ini merupakan peningkatan berterusan sejak suku keempat 2021 yang mencatatkan petumbuhan 3.6%, diikuti dengan 5% pada suku pertama 2022 dan  8.9% pada suku kedua 2022.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan ini  kerana disokong oleh pengembangan berterusan permintaan domestik, pemulihan pasaran buruh dan permintaan luar yang berdaya tahan.

“Kerancakan semula aktiviti ekonomi & sosial serta peningkatan jumlah ketibaan pelancong hasil daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa, membawa kepada pertumbuhan kukuh,” jelas Mohd Uzir.

“Secara keseluruhan, ekonomi mencatatkan pertumbuhan 9.3% bagi tiga suku tahun pertama 2022. Bagi terma pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK berkembang 1.9%.”

Bank Negara Malaysia (BNM) turut menjangkakan  ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada suku keempat berikutan persekitaran global yang lebih mencabar serta ketiadaan kesan asas.

Walau bagaimanapun bank pusat itu berpendapat pertumbuhan bagi seluruh tahun 2022 akan kekal kukuh berikutan pertumbuhan yang kukuh pada tiga suku pertama tahun ini.

Ekonomi Malaysia dijangka akan terus berkembang sebanyak 4.0 – 5.0% pada tahun 2023. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah, ekonomi Malaysia akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh berikutan pasaran pekerja yang semakin bertambah baik.

“Pertumbuhan juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek infrastruktur besar serta jumlah ketibaan pelancong yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pertumbuhan Malaysia masih terdedah pada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, aktiviti penghindaran risiko yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan global, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan rantaian bekalan yang kembali terganggu.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat