Beri Peluang Pada BN Di Lembah Pantai, Kata Ramlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Ramlan Askolani tidak menafikan wujud persaingan sengit antara dirinya dengan penyandang Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil untuk merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun, selepas bertemu dengan pengundi di kawasan tersebut, beliau positif dan yakin akan diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Persaingan saya dan Fahmi memang sengit, tapi saya nampak ada penerimaan yang begitu ketara dari pelbagai kaum terhadap kita. Ia penerimaan yang berbeza dengan pilihan raya umum sebelum ini.

“Harapan saya, kali ini, berilah peluang kepada kita (BN). Saya anak tempatan dan sentiasa dekat dengan rakyat Lembah Pantai. Inilah masanya untuk saya berbakti dengan lebih lagi kepada rakyat demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya ketika ditemui Suara.TV pada Khamis.

Selain itu, antara tawaran yang akan diberikan kepada penduduk Lembah Pantai ialah menyelesaikan masalah tapak parkir terutama di Pantai Dalam.

Ramlan yang juga Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) turut menawarkan stadium mini untuk kegunaan anak-anak muda di situ.

“Pelbagai aduan yang kita terima dari isu masalah pasar sehinggalah isu tapak parkir. Insya Allah, di Lembah Pantai ini, ia merupakan salah satu inisiatif untuk saya lakukan di sini iaitu menyelesaikan masalah parkir.

“Untuk anak-anak muda pula, selaku Pengerusi MSWP, kita akan wujudkan stadium mini untuk kegunaan pelbagai sukan di Lembah Pantai,” ujarnya lagi.

PKR berjaya menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai sejak PRU-12 pada 2008. Ketika itu, PKR meletakkan Nurul Izzah Anwar sebagai calon.

Selepas dua penggal, Nurul kemudian meninggalkan Lembah Pantai untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada 2018.

Pada PRU-14, Fahmi yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 5,598 dan mendapat sebanyak 33,313 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mendapat 27,715 undi dan calon PAS, 5,277 undi sahaja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat