Sudah maki hamun MCA, sekarang nak kami bantu DAP? – Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong secara berkata, keputusan biro politik MCA untuk tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu bharu kerana parti itu mempunyai maruah dan perasaan selepas dibantai, dimaki hamun oleh DAP.

Kata Ka Siong, ahli-ahli partinya sangat terguris dengan penghinaan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang berkata DAP bukan tidak suka BN, tetapi tidak suka parti MCA kerana menurut Loke, MCA tidak mementingkan kepentingan rakyat terutama masyarakat Cina dalam rancangan Podcast Keluar Sekejap.

Jelasnya, beliau selaku Presiden MCA tidak akan berdiam diri kerana ini soal maruah dan ‘dignity’ partinya.

“Baru saja habis maki hamun MCA, sekarang nak kami bantu DAP di KKB?

“Nak membalas budi DAP atas jasa mencaci MCA?

“Sorry yeh …..,” katanya menerusi perkongsian video di Facebooknya, sebentar tadi.

Kata Ka Siong, MCA yang lahir di bumi Malaysia semenjak tahun 1949 mempunyai maruah kerana MCA adalah sebuah parti yang menuntut kemerdekaan bersama UMNO dan MIC serta banyak berjasa dan berbakti kepada masyarakat berbilang kaum.

“Eh, masa bercakap kamu tak ingat dunia,

“Hentam MCA, tak tentu arah dengan pelbagai tuduhan liar,

“Siap maki hamun dengan pelbagai kebencian, sekarang mahu MCA berjiwa besar?,” soal Ka Siong.

Sindirnya lagi, masa MCA diperlukan seperti pijak semut tak mati, masa tidak diperlukan diludah, dikahak sesuka hati,

Menurutnya, MCA bukan jenis bermuka-muka dan hypokrit. MCA sebuah parti yang berterus terang.

“Bayangkan jika apa-apa DAP buat kepada MCA ini kepada parti kamu, apa perasaan kamu.

“Cakap jujur, tepuk dada tanya selera,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau amat menghargai hubungan yang akrab dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).  Semangat kebersamaan dan persahabatan BN adalah tunjang perjuangan dalam komponen BN.

“Jangan lupa, parti itu (DAP) hanya bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh MCA atas tiket BN.

“Adakah saudara masih ingat, parti itu tidak berapa lama dulu, menuduh MCA bersekongkol dengan penyamun.

“MCA pernah dianggap pengkhianat masyarakat Cina kerana gagal mengiktiraf UEC dan gagal memansuhkan sistem kuota Bumiputera. BN ini dicaci dengan teruk dan MCA dijadikan sasaran kritikan parti itu,” katanya lagi.

Ujar Ka Siong, DAP sehingga kini terus memaki hamun MCA dengan macam-macam.

“Apakah saya perlu bersabar lagi?

Apakah MCA perlu mencium mulut atau menjilat pemimpin DAP?

“sorry yeh….,” katanya.-SUARATV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat